- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Isnin, 31 Mei 2010

TUHFAT CINTA YUSUF

TUHFAT CINTA YUSUF

Suatu persatu magra cinta tercipta. Berasaskan dan bermaharajalela tanpa kenal erti dosa dan pahala. Pabila syaitan mula bernoda, saat itulah alif lam lam ha diduakan. Bertuhankan hawa nafsu dan emosi, manusia warak berubah rupa. Cinta yang diangkat sebagai kalimat agong memakan diri. Kepuasan cinta yang dinikmati hanya 3 saat, membawa padah seumur hidup. Tangisan penyesalan, hanya sandiwara manusia durjana. Menyesal hanya seketika, kemungkaran untuk selamanya. Hanya taubat nasuha penyelesai segalanya.


“Manusia itu munafik dan hanya berpura-pura” benak Yusuf apabila mengingatkan manusia yang seringkali berdusta, manusia apabila berjanji, seringkali memungkirinya. Yusuf benci dengan namanya manusia yang hidup dalam lakonan semata-mata. Pentas dunia ini terlalu luas, dalam keluasannya hanya segelintir yang mampu bersujud taat kepadaNya. Kenapa Yusuf berkata manusia itu munafik? Ceritanya bermula apabila Yusuf berjalan lurus di anjung Masjid Jamek, di sebuah taman perumahan di Johor Bahru. Dia terdengar satu perbualan antara manusia yang berkumpul dalam bulatan. Salah seorang yang Yusuf kenal ialah Haji Abdul Jalil, bapa kepada Adam Aliman, rakan serumahnya sewaktu menuntut di Universiti Al-Azhar. Yusuf kenal dengan Haji Abdul Jalil daripada gambarnya yang tertampal pada dinding bilik Adam sewaktu menjadi teman serumahnya. Perbualan itu sangat deras dan kencang sehingga Yusuf terdengar isi perbualan mereka.


“Imam kita tu sebenarnya berketurunan dari keluarga yang tidak elok. Baru saya tahu sebenarnya dia anak kepada seorang pelacur. Dia tidak pantas menjejakkan kaki di rumah Allah. Dia perlu diusir” ujar Abdul Jalil dengan tegas. Beberapa orang yang lain menyokong kata-katanya, seolah-olah semuanya benar. Tetapi semua itu hanyalah dusta kerana dia percaya apa yang disebaliknya. Kepercayaan manusia sukar ditandingi kepercayaan saat zaman Rasullah s.a.w seperti mana sahabat rapat baginda iaitu Abu Bakar yang mempercayai setiap kata-kata Rasullah s.a.w sehingga beliau digelar sebagai as-siddiq yang bermaksud membenarkan kata-kata Rasullah s.a.w.


“Dia perlu diusir sebelum perkara ini diketahui ramai. Jika orang ramai tahu, malu kita. Imam masjid kita adalah anak bekas seorang pelacur, anak haram.” Sambut Kamil Hassan jejaka berketurunan India yang pengikut kuat Haji Abdul Jalil. Bengis wajahnya menampakan betapa bencinya dia dengan imam itu. Entah apa yang dilakukan oleh Imam Haji Abdul Hamid sehingga mendapat kebencian yang berlipat ganda. Rona hidup manusia sungguh aneh. Dalam seribu, sukar mencari orang yang boleh dipercayai sepenuhnya.


Yusuf sedih dengan sikap para ulama tersebut. Mereka semua adalah munafik. Bukan sahaja syaitan yang bertopengkan manusia, malah lebih teruk dari itu. Sepatutnya Haji Abdul Jalil berperanan dalam menunjukkan model yang baik kepada penduduk setempat. Ini tidak, tidak tahu perkara yang sebenarnya, terus menghukum. Lalu Yusuf menuju ke arah sekumpulan lelaki tersebut.


“Assalamualaikum, ana minta maaf mengganggu antum yang sedang asyik berdiskusi” sapa Yusuf dari belakang. Kedatangannya disambut sedingin salju di puncak Himalaya. Mimik muka yang seolah-olah membongkakkan diri jelas kelihatan. Wajah kucing lagi manis dipandang jika melihat wajah mereka yang berdusta. Kedinginan yang ditunjukkan sekumpulan jemaah jelas mencengkam tulang-temulang Yusuf. Namun kedinginan itu ditepis demi menegakkan keadilan yang hakiki. Dari raut wajah yang berkedut-kedut, Yusuf dapat merasakan kehadirannya tidak dialu-alukan umpana tetamu yang tidak diundang.


“Waalaikumusalam” jawab sekalian yang ada. Jika tidak menjawab salam Yusuf maka, tercipta satu dosa. Hukum memberi salam adalah sunat dan menjawabnya adalah wajib. Yusuf terus mendekat dan duduk di sebelah Kamil.


”Maafkan ana, ana terdengar isi perbualan antum. Andai benar Imam Haji Abdul Hamid itu anak haram dan anak seorang pelacur, tidak salah jika dia mengabdikan diri kepadaNya. Kita semua dari pencipta yang satu”


”Apa anta faham? Kami tidak mahu masyarakat Islam dipandang serong disebabkan anak haram itu. Sebelum berita ini tersebar, elok kita mencegahnya,” balas Haji Abdul Jahil dengan tegas.


”Betul tu, saya tidak mahu berimamkan seseorang yang tidak jelas asal usulnya. Saya khuatir, pahala solat saya tidak diterima Allah disebabkan saya berimamkan anak haram” cela Kamal.


”Subahanaallah. Bawa mengucap saudara-saudaraku. Kita semua sama sahaja dimataNya. Andai anak haram atau dia pelacur sekalipun, tidak haram baginya menemui Allah. Juga tidak haram syurga itu untuk dirinya jika dia benar-benar layak. Berilah sedikit ruang untuknya membuat kebaikan” jelas Yusuf tenang.


Belum sempat Yusuf menyudahi hujahnya, beberapa orang jemaah mula bangkit dan ingin beredar dari situ. Lalu Yusuf menghalang langkah mereka.


”Nanti saudaraku. Pernahkah saudara mendengar kisah di zaman Rasullah s.a.w bagaimana seorang pelacur masuk ke dalam syurga hanya kerana dia memberikan susu kepada anak anjing yang kelaparan. Dengan hati yang tulus dan ikhlas, Allah telah menempatkan wanita tersebut sebagai ahli syurga. Saudaraku, walau sejahat mana diri seseorang, sedajalmana keturunannya, selagi dia mendapat hidayah Allah, selagi itulah dia mempunyai ruang dalam kamar syurga. Sahabat semua, Muawiah pernah mendengar Rasullah s.a.w berkata, jika seseorang mencari keburukan orang, maka ia telah merosakkannya” Jelas Yusuf.


Tatakala seseorang itu mencari keburukan orang lain, maka akan timbul satu sifat yang paling dasyhat, iaitu benci dan pandang buruk terhadap orang itu. Seluruh jemaah terdiam dan terkaku dengan kata-kata Yusuf, seorang anak muda yang baru sahaja menyelesaikan sarjananya di Al-Azhar dalam jurusan hadith. Haji Abdul Jalil masih memperlihatkan wajah yang benci dan bengis. Niatnya untuk menjatuhkan Imam Haji Abdul Hamid terbantut. Rancangannya apabila imam tersebut telah dipulaukan oleh penduduk kampung, bolehlah dia menjadi imam di kawasan tersebut kerana baginya tiada yang layak selain dirinya. Tetapi sejak kemunculan anak muda yang bernama Yusuf, iaitu rakan kepada anak sulungnya, Haji Abdul Jalil dikecam hebat.


”Anak muda, anta siapa? Cuma penduduk kampung yang baru kembali semula di sini. Anta tidak tahu apa yang berlaku di kampung ini. konon belajar sampai Al-Azhar, sepatutnya anta menyokong kami dan bukannya, anak haram tu” kata-kata Haji Abdul Jalil lantang.


”Abi Umairah pernah meriwayatkan bahawa Rasullah s.a.w pernah bersabda, barang siapa yang menelanjangkan belakang seorang muslim dan memukulnya tanpa hak, maka dia akan bertemu dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya. Saya tidak mahu bersubahat dan menjahilkan orang-orang yang sebenarnya mendapat perlindungan daripada Allah. Berdosa besar jika saya memfitnah saudara saya sendiri. Ibarat saya memakan daging saudara saya sendiri” balas Yusuf.


”Ini bukan fitnah, tapi hakikat...” kata Haji Abdul Jalil tersekat dek kerana seruan azan asar yang memecah ke seluruh molekul-molekul udara. Zarah-zarah dalam udara mula bergoncangan dan bergetar mendengar suara azan dari corong pembesar suara. Yusuf berjalan di hadapan Abdul Jalil dengan menarik nafa lega. Lega bukan dapat melepaskan kemarahannya tetapi dapat melepaskan dosa kerana telah memberitahu apa yang baik dan yang buruk.


Saat itulah Yusuf menganggap manusia itu kebanyakannya munafik. Dari perdebatan itu, Haji Abdul Jalil merancang satu perancangan untuk mengusir Yusuf dari kawasan kampungnya. Satu perancangan yang hebat mula tercipta. Haji Abdul Jalil sanggup melakukan apa sahaja asalkan impiannya tercapai. Malah, dia sanggup menggunakan anak gadis sebagai umpan untuk mengoda Yusuf.


Yusuf seorang jejaka berumur 26 tahun, pemuda yang sangat tampan di Al-Azhar. Tinggi dan wajahnya seolah-olah gaya seorang model terkenal. Badannya yang sasa menambahkan pekej dia seorang lelaki idaman wanita sedunia. Dengan ketampanan itulah, dia berjaya menarik berpuluh-puluh mahasiswi Islam melakukan amal kebajikan. Selaku Presiden Kebajikan Pelajar Nusantara di Al-Azhar, Yusuf sangat terkenal sebagai seorang yang sangat bertanggungjawab.


Tidak hairanlah jika Scha Syuhada, sanggup menerima pelawaan ayahnya untuk menggoda Yusuf. Jika ditangkap melakukan khalwat, dia sanggup bernikah dengan lelaki tampan seperti itu.


Satu perancangan jahat telah dibuat oleh Haji Abdul Jalil untuk menjatuhkan maruah Yusuf dengan menjadikan anaknya sendiri sebagai umpan. Saat itu, Yusuf telah selesai melakukan solat sunat. Malam yang hening, hanya Yusuf sahaja yang mendiami rumah pusaka itu hasil peninggalan orang tuanya. Setelah selawat dan bacaan kalimat suci al-Quran, satu ketukan terdengar di muka pintu.


Yusuf bangkit, tanpa rasa ragu lalu membuka pintu. Setelah dibuka, tiba-tiba jasadnya ditolak oleh satu kelibat yang tidak dapat dikenal pasti kerana ditutup oleh purdah. Jasad ditolak, lantas dengan spontan pintu ditutup serapat-rapatnya. Wajah yang tidak dapat dilihat yang ditutupi oleh pakaian, lalu diluncur satu persatu. Dari selendang yang menutupi wajahnya dan tudung yang menutupi kepalanya hingga bajunya yang menutupi auratnya. Semua berlaku secara spontan. Yusuf terus tersandar pada kerusi. Dia terus mengucap panjang.


”Subahannallah...”

”Apa yang awak buat ni? Tolong pakailah semula pakaian,” Yusuf bangkit dan menghulurkan beberapa kaki kain dan meminta wanita itu menutupi semula jasadnya yang terdedah.

”Janganlah sayang, saya datang ke sini untuk menghiburkanmu. Malam ini adalah malam kita. Marilah sayang” Syuhada mula mendekatkan dirinya kepada Yusuf dengan aksi yang menggoda.


Yusuf mencampakkan kain dan menutupi semula tubuh Syuhada, tetapi tetap sahaja diluncurkan pakaiannya. Yusuf, mengucap kalimah Allah beberapa kali agar diperteguhkan imannya yang hanya setebal kulit bawang dan tidak berbentrokkan dengan ajaran islam yang agung. ”Semoga Allah melindungi diriku daripada godaan Syaitan,” benak Yusuf.


Yusuf melihat mata Syuhada yang melolok dan wajahnya menjadi merah. Yusuf pula menjadi takut akan terjadinya hal-hal yang tidak diinginkan dan segera dia berlari menuju pintu yang tertutup rapi. Yusuf hanya bertekad, dia bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi, hanya menahan sesuatu yang sudah pastinya membawa kemurkaan. Namun syuhada cepat-cepat mengejar lalu menerkam Yusuf yang sedang membuka pintu, ditarik sekuat hati oleh Syuhada dari belakang kemeja Yusuf sehingga terkoyak. Tepat masa mereka berada di belakang pintu, sambil tarik menarik, datanglah segerombolan manusia yang diketuai oleh Haji Abdul Jalil. Mereka mendapati keadaan Yusuf dan Syuhada dalam keadaan yang mencurigakan. Ditambah lagi keadaan Syuhada berpakaian mencih.


”Astaghfirullah,” ucap Haji Abdul Jalil dengan sengaja. Wajahnya seolah-olah terkejut sebaik melihat Yusuf berasmaradana dengan anak gadisnya. Dengan tidak semena-mena, Syuhada berkata kepada ayahnya yang berdiri dengan membuatkan wajah tercengangnya.

”Ayah, Yusuf cuba perkosa Syuhada untuk berzina. Syuhada takut ayah.” Syuhada menagis. Dia memfitnah Yusuf. Tanpa memberi kesempatan untuk membela, Yusuf diheret bagai anjing kurap, dia terus diheret hingga ke perkarangan Masjid Jamek. Di situlah terkumpul semua penduduk setempat yang menyaksikan bagaimana Yusuf diseret dan diikat pada pagar besi masjid.

”Suara riuh rendah seolah-olah menginginkan Yusuf dibunuh disitu juga. Haji Abdul Jalil menjadi batu apinya dengan alasan telah menodai anak perempuannya. Syuhada mula bimbang jika keadaan Yusuf diapa-apakan. Syuhada hanya ingin memiliki Yusuf.

”Siapa yang melakukan ini?” tanya Imam Haji Abdul Hamid.

”Kami semua. Dia perogol, sepantasnya dia diperlakukan sedemikian,” jawab Haji Abdul Jalil dengan yakin. Dia mendapat sokongan daripada penduduk kampung.

”Adakah kamu melihat sendiri kejadiannya yang sebenar?” tanya Imam Haji Abdul Hamid. Penduduk kampung diam seketika.

”Tentu, waktu kejadiannya kami berada di situ,” balas Haji Abdul Jalil. Penduduk kampung mula bersorak dan mengiyakan kata-kata Haji Abdul Jalil.

”Berada di situ? Ini bermakna kamu saksikan sendiri kejadiannya. Bagaimana kamu tahu akan berlakunya maksiat di rumah Yusuf? Sebelum ini tiada apa sangkaan langsung. ” hairan Imam Haji Abdul Hamid. Penduduk kampung sekali lagi diam.

”Wahai anak muda, tidakkah kau mahu membela dirimu? Tanya Imam Haji Abdul Hamid kepada Yusuf. Yusuf hanya senyum dan terus tersenyum.

”Biarlah mereka mencaci, menuduh, dan memfitnahku. Aku telah jelaskan perkara yang sebenarnya. Aku hanya berserah kepada Allah untuk menyelesaikan semuanya,” tenang Yusuf.

”Benar kata kau, seseorang yang dizalimi atau dianiya dan dia telah memberitahu perkara yang sebenarnya dan setelah itu dia tidak membalas cacian atau fitnah tersebut dn hanya berserah kepada Allah, pasti Allah akan membantumu.” tiba-tiba datang satu suara wanita yang tutup litup ditutupi kain, auratnya jelas terjaga.

”Siapakah kau?” tanya Haji Abdul Jalil.

”Itu tidak perlu kalian ketahui. Aku datang Cuma mahu menguraikan apa yang tersimpul di sini. Lihatlah bila kemeja Yusuf terkoyak bahagian belakangnya, maka dialah yang benar dan si wanita yang dusta. Sebaliknya apabila terkoyak di bahagian hadapan maka dialah yang berdusta pula untuk menutup kesalahannya. Memang yang demikian adalah kisah tauladan daripada kisah Nabi Yusuf a.s sewaktu dituduh berkhalwat dengan Zulaikha,” sambung wanita itu.


Imam Haji Abdul Hamid terus mendekat ke arah Syuhada. ”Beristighfarlah wahai Syuhada dan mohonlah ampun atas dosamu. Engkau telah berbuat salah dan berdusta pula untuk menutupi kesalahanmu,”


Syuhada terus berlari ke arah Yusuf dan menyentuh kaki Yusuf memohon maaf. Air matanya tidak terbayang seribu penyesalan. Yusuf hanya mampu terlentang pada pagar besi sambil tangannya masih lagi terikat. Haji Abdul Jalil mula hendak melarikan diri namun kakinya terpasak oleh panggilan Imam Haji Abdul Hamid.


”Jalil, kita ini bersaudara seislam. Jika apa yang kumiliki menjadi punca segalanya, kau ambillah apa kepunyaan dan hakku. Sesungguhnya, aku bukanlah manusia yang sukakan penindasan dan pertelingkahan.


”Ana minta maaf, ana khilaf atas semua yang berlaku sebab ana iri hati pada anta. Tolong maafkan ana. Ana janji perkara ini tidak akan berulang lagi” balas Haji Abdul Jalil sambil menangis, lantas terus dipeluk Imam Abdul Hamid yang telah menjadi musuhnya beberapa tahun yang lalu. Kisah permusuhan itu telah terpadam api kemarahannya. Kejahatan akhirnya terpadam juga dalam hati Haji Abdul Jalil, sekarang hanya talian persahabatan yang mula terjalin. Betapa besarnya kuasa yang cuba ditunjukkan oleh Allah s.w.t. Allahuakhbar.


Syuhada juga turut berubah, dalam masa yang sama dia masih lagi menaruh hati kepada Yusuf meskipun Yusuf telah memberitahu bahawa dia dianggap sebagai adik, namun perasaan cinta itu sukar untuk dibuang malah sudah terpatri dengan kuatnya. Jika dahulu jiwa Yusuf kosong tanpa kehadiran seorang wanita, tanpa ada getaran namanya cinta dan tanpa bayangan wajah seorang wanita. Tetapi kita semuanya berubah apabila Yusuf sering tertanya-tanya siapakah gerangan wanita yang berpurdah.


* * *



Masih lagi teringat-ingat dalam setiap benak Yusuf. Dia terbayang akan wajah wanita yang telah menyelamatkannya. Belum sempat dia mengucapkan syukur dan terima kasih, wanita itu pergi tanpa pamitan. Wajahnya dilitupi dari purda jingga. Yusuf meneliti setiap bibit-bibit persoalan. Atas magra dan getaran jiwa yang belum pasti kebenarannya. ” Adakah itu cinta? Ah, itu bukan cinta” sangkal Yusuf bertubi-tubi.


Hatinya belum tersentuh namanya cinta, walaupun telah berkelulusan sarjana Al-Azhar, sudah pasti menjadi rebutan wanita-wanita lain terutama para ulama yang meninginkan Yusuf sebagai menantu mereka. Tidak lepas juga Abdul Jalil, yang ingin menjadikan Yusuf sebagai suami Syuhada tetapi ditolak oleh Yusuf dengan menganggap Syuhada sebagai adik sendiri. Memang kebal pintu cinta Yusuf, namun getaran pada pintu itu mula dirasakan sebaik memikirkan wanita yang terlindung disebalik purdah yang telah menyelamatkannya.


Dari corong pembesar suara, terandar dan bergema seruan ilahi. Yusuf bangkit dari sofa lalu mengambil wuduk dan terus melulu ke masjid. Sesudah selesai menunaikan solat Asar, Yusuf terserempak dengan Adam. Adan senyum, Yusuf turut membalas senyuman itu.


”Assalamualaikum Yusuf”

”Waalaikumusalam Adam. Ana mahu minta maaf berkenaan hal semalam. Ana tak ada niat langsung...” Kata-kata Yusuf dipotong oleh Adam.

”Subahannallah, Allah maha mengetahui saudaraku. Andai tiadaku disana sekali pun, sudah pasti aku lebih mempercayaimu. Ana lebih mengenali dirimu daripada ana mengenal keluarga ana sendiri. Sejak kejadian semalam, ternyata mereka berubah drastik. Betul kata orang, segala ujian ada hikmahnya.”

”Alhamdulilah, semua sudah ditentukan olehNya. Sebaik-baik doa adalah alhamdulilah dan tujukanlah kepada ayah dan saudara anta.” Balas Yusuf.

”Syukran. Terlanjur kita berjumpa, ana ingin sampaikan jemputan seseorang. Ingat lagi sama Amirul Mukminin, senior kita di Al-Azhar.

“Amirul Mukmini yang diberi gelaran pendebat terhebat di Al-Azhar tu ke? Mustahil ana boleh lupa. Kenapa dengannya?”

“Ya pendebat terhebat, anta pula pemuda terkacak” usik Adam membuatkan mereka berdua ketawa.

“Insyaallah, sabtu depan dia akan menikah dengan anak Imam Bohari Idul dari Kampung Salak Siang dan dia menjemput kamu dan ana ke majlisnya.”

“Jika diizinkan Allah, ana akan ke sana. Tapi kita pergi bersama-sama ya, maklumlah, ana ni segan sikit”

“Baiklah” Balas Adam tersenyum.


Melangkah keluar Adam dan Yusuf dengan perbualan yang rancak. Perkenalan Adam Aliman dan Yusuf Yasman telah terjalin hampir enam tahun semenjak mereka bersama-sama kuliah di Al-Azhar. Adam mengambil sarjana dalam jurusan perundangan islam dan kini telah ditawarkan menjadi peguam syariah beberapa bulan yang lalu di ibu kota. Manakala Yusuf mengambil sarjana dalam jurusan Hadith dan sirah. Dari Al-Azhar sehinggalah ke kampung, mereka tetap bersahabat walaupun hubungan persahabatan mereka telah dicalarkan oleh Abdul Jalil namun Yusuf tidak sedikitpun menyimpannya di dalam hati. Sedikitpun titik-titik hitam, dia menganggap semua itu adalah ujian daripadaNya.


Setelah pulang dari masjid, Yusuf terduduk diam di atas sofa. Dia masih lagi teringat kata-kata Adam.

“Amirul Mukminin? Bila ana nak kahwin, umur dah 26 tahun, kalau ana kahwin sekurang-kurangnya ada yang jaga makan dan minum” Rengus Yusuf.

“Astagfirullah, tak sepatutnya anak cakap macam tu”


Setelah itu, terus Yusuf melenakan dirinya tanpa memikirkan perkara yang tiada noktahnya. Dalam terlena Yusuf terus diganggu bayangan wanita yang pernah menyelamatkannya semalam. Yusuf tersedar dari lena dan berzikir tidak sudah. Ini bukan kali pertama Yusuf teringat akan wanita itu tapi sudah berkali-kali. Tanpa rasa ragu, Yusuf terus berjumpa dengan Imam Abdul Hamid untuk mendapatkan khidmat nasihat.


Datangnya ke rumah Imam Abdul Hamid dengan harapan menggunung supaya dapat menyelesaikan masalah yang mengelabui fikirannya sejak kebelakangan ini. Sampai sahaja di hadapan pagar Imam Abdul Hamid, Yusuf memberhentikan niatnya, lalu berpatah balik untuk pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang ke rumah Yusuf sekali lagi mengubah niatnya lalu berpatah balik ke rumah Imam Abdul Hamid. Sebaik tiba di perkarangan rumah Imam Abdul Hamid, hatinya tidak lagi kuat dan berpatah hati lalu terus pulang ke rumah.


Kali ini dia tidak mengubahnya niatnya. Yusuf terus pulang ke rumah. Dalam perjalanan pulang, Yusuf terserempak dengan Imam Abdul Hamid di perjalanan.

“Assalamualikum Yusuf”

“Waalaikumusalam Haji”

“Nak kemana?”

“Niat nak menuju ke rumah pak haji, tapi saya batalkan niat”

“Lor, kenapa? Mari tuju ke rumah saya, saya pun nak pulang ni”

Yusuf menuruti kata-kata Imam Abdul Hamid dan berpatah balik. Sampai di rumah, Yusuf terus mengutarakan niatnya. Dia diberi masa oleh Imam Haji Abdul Hamid untuk berehat seketika dan mengajukan secawan teh yang disiapkan oleh Hajah Wan Salbiah, isteri kepada Imam Haji Abdul Hamid. Yusuf sedikit gugup untuk menerangkan dan memulakan ceritanya. dia malu untuk memberitahu niatnya datang ke rumah Imam Haji Abdul Hamid.


Sepuluh minit berlalu, Yusuf masih lagi mendiamkan diri. Ternyata Yusuf seorang jejaka tampan yang pemalu.

”Yus, dia pula. Apa yang nak disampaikan?” tiba-tiba suara Haji Abdul Hamid memecahkan kesunyian. Yusuf sedikit tersentak.

“Saya malu sebenarnya, pak aji, mak aji” balas Yusuf

“Apa yang nak dimalukan? Anggap sahaja kami berdua seperti orang tuamu.”

“Saya...saya...” kata Yusuf tersekat-sekat.

”Apa dia?” sergah Hajah Wan Salbiah.

“Saya nak tahu siapa perempuan yang memakain jilbab pada malam tu?”

“Pandai pun bersuara, ingatkan dan gagap tadi” usik Hajah Wan Salbiah.

“Perempuan yang berjilbab malam tu? Maksud kamu, perempuan yang menolong kamu daripada difitnah?”


Tanya Haji Abdul Hamid untuk mendapatkan kepastian. Senyuman sinis mula terpancar pada bibir pasangan yang separuh abad usianya. Yusuf tidak terus menjawab lalu dia mengangguk-anggukkan kepalanya. Hajah Wan Salbiah hanya mampu tersenyum.


“Kalau kamu dah tahu siapa dia, apa yang akan kamu lakukan?” Tanya Haji Abdul Hamid.

”Saya akan sedekahkan seribu alhamdulilah kepadanya sebagai ucapan terima kasih” Jawab Yusuf.

”Itu sahaja? Tidak ada niat lain?” Tanya Hajah Wan Salbiah

”Sebenarnya ada, tapi saya malu mak aji”

”Malu? Macam serius aja bunyinya. Cuba jangan nak berbelok-belok, mak aji tak suka kalau jalan jem, baik kita ikut highway.”

”Saya tak tahu nak cakap macam mana, saya takut nanti orang akan fikir saya tak waras.

”Belum cerita dah fikir lain. Cuba kamu ceritakan dahulu pada kami berdua supaya kami faham apa niat kamu tu”

“Macam ni pak aji, mak aji. Saya tak tahu asal usul perempuan tu, wajahnya, orangnya dan sebab apa dia membantu saya, tetapi saya dah mula menyimpan perasaan terhadapnya. Saya tak tahu sama ada perasaan itu cinta atau sebaliknya. Tapi apa yang pasti, saya mahu menjadikannya sebagai calon isteri saya”

”Apakah kau sudah memikirkan semasak-masaknya akan perkara ini?” Tanya Hajah Wan Salbiah.

”Sudah Mak aji, insaayallah saya siap”

”Bagaimana kalau saya katakan, perempuan itu hodoh, wajahnya melecur akibat terbakar, tangannya kudung sebelah, berkepala botak akibat kebakaran dan miskin” Haji Abdul Hamid mula menguji kejujuran dan keikhlasan Yusuf.

”Apa benar semua itu pak aji?” Yusuf ingin mendapatkan kepastian. Tanpa bersuara, mak aji dan pak aji mengangguk-anggukkan kepalanya.

”Jika itu jodoh yang diberikan oleh Allah, saya terima. Saya redha dan tidak kisah sifat fizikalnya, tapi saya sudah teringatkan bayangan tubuhnya pada malam itu. Lagi pula, dia telah menyelamatkan saya, jika tiada dia, entah apa akan jadi pada saya.”

”Adakah kamu benar-benar ikhlas?” Tanya Haji Abdul Hamid.

”InysaAllah, saya siap.”


Seminggu setelah itu berlangsunglah upacara gilang gemilang akan pernikahan Yusuf dan Zulaikha, wanita yang menolong Yusuf pada malam itu. Syuhada walaupun masih lagi mencintai Yusuf namun akhirnya dia terima akan perkahwinan itu walaupun pedih. Berita perkahwinan Yusuf dengan Zulaikha semakin tersebar luas. Rata-rata penduduk dan kenalan Yusuf tidak mengenali Zulaikha. Semasa upacara akad nikah dilakukan, wajah Zulaikha masih setia lagi ditutup rapat dengan jilbabnya.


Tiada siapa yang melihat wajah sebenar Zulaikha, begitu juga dengan Yusuf. Yusuf tidak diberi peluang untuk melihat wajah Zulaikha kecuali pada malam pertama. Mungkin Zulaikha bimbang, Yusuf akan jijik dengan kehodohan wajahnya. Zulaikha sedar di hanya manusia yang mendapat tuah apabila dikhabarkan berkhawin dengan Zulaikha.


Majlis yang gilang gemilang itu berlangsung tanpa ada gangguan. Ternyata Allah memelihara majlis pernikahan mereka. Zulaikha hanya dilihat melalui matanya, tangannya juga disarungkan dengan sarung tangan. Namun, tidak sedikit pun dihati Yusuf untuk merasa jijik dengan isterinya. Dia benar-benar ikhlas mengisterikan Zulaikha. Bukan rupa yang Yusuf jatuh hati, tetapi hati Zulaikha. Dengan hatilah dapat menguasai cinta seseorang. Hati Yusuf ternyata kuat dan teguh dengan mengatakan ingin mengahwini Zulaikha.


Dari pagi sampai ke petang, dari petang hingga ke senja. Satu persatu para tetamu beransur pulang dan berkurangan. Yusuf menolong orang-orang kampung membersihkan kawasan rumah, manakala Zulaikha hanya duduk di dalam bilik seorang diri.

”Suf, pergilah masuk bilik tu. kesian isterinya ditunggu lama. Hal-hal kat luar ni biar kami semua yang uruskan” Ujar Adam.

”Tak sedap la kalau ana tinggalkan kalian buat semua ini”

”La, hari inikan anta raja sehari. Lagi pun memang tanggungjawab kami sebagai tetangga. Pergilah temui isterimu.” Kata Adam sekali lagi sambil diiyakan oleh orang-orang kampung.

Yusuf dengan langkah yang berat meninggalkan orang-orang kampung membersihkan kawasan halaman rumah. Sebaik pintu kamar pengantin dibuka, Yusuf terketar-ketar kaki melangkah. ”Mungkin inikah yang dialami oleh setiap pengantin baru.” benak Yusuf.

Pintu ditutup rapat, lalu Yusuf terus mendekati Zulaikha dengan duduk di sebelahnya. Jantung Yusuf terus berdegup kencang. Seolah-olah aura Zulaikah terlalu dalam dirasakan.

”Assalamualaikum” Ujar Yusuf terketar-ketar.

”Waalaikumusalam” Zulaikah menjawab sambil menghadap lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya.

Yusuf terus memegang kedua-dua bahu Zulaikha. Selepas itu, Yusuf terus meluncurkan jilbab yang menutupi wajah Zulaikha. Sebaik kain yang menutupi muka Zulaikah dileraikan, Yusuf terpaku dan terkejut. Terus dia berlari membuka pintu dan mendapatkan Haji Abdul Hamid.

”Pak aji...pak aji....!!!!” Jerit Yusuf. Sekalian yang ada di situ binggung dengan keadaan Yusuf.

”Kenapa Suf, pak aji ada di sini?” jawab Haji Abdul Hamid. Yusuf terus pergi menuju ke arahnya.

”Siapa dalam kamar penganti pak aji? Siapa?”

”Isteri kamu lah”

”Bukan pak aji. Dia bukan isteri saya”

”La, kenapa kamu cakap macam tu?”

”Dulu pak aji pernah cakap, isteri saya hodoh, wajahnya terkena kesan bakar dan hodoh. Tangannya cacat. Tapi yang ada dalam bilik tu bukan isteri saya.”

”Saya isteri kamu bang...” Tiba-tiba suara Zulaikha kedengaran.

“Saya isteri kamu yang sah. Saya yang meminta pak aji berkata sedemikian. Saya mahu abang miliki saya seikhlas hati. Ternyata tepat tekaan saya, abang seorang lelaki yang baik dan ikhlas. Pak aji dan mak aji sebenarnya adalah pak cik dan mak cik saya. Mereka telah membela saya sejak kematian orang tua saya.” ujar Zulaikha.

”Subhanallah, abang minta maaf Zu. Abang Cuma terkejut. Abang redha walaupun isteri abang secacat manapun, abang terima seadanya. Tapi yang sebaliknya abang terima. Zu terlalu sempurna untuk abang. Abang takut, abang tidak cukup baik untuk Zu.”

“Abang terlalu baik untuk Zu. Insyaallah, Allah akan bantu kita dalam menyesuaikan diri. Zu sebenarnya telah jatuh cinta dengan keikhlasan abang. Tolong terima Zu seadanya abang.”

“Pak aji dan mak aji minta maaf Suf. Kami diminta berkata sedemikian oleh Zulaikha. Tapi pak aji yakin, Yusuf dapat terima keadaan Zu yang hodoh.” cela Haji Abdul Hamid.

”Suf, wanita yang cantik, baik dan soleha adalah untuk lelaki yang baik dan juga soleh. Kamu sememangnya layak untuk Zulaikha. insyaAllah.” Sokong Hajah Wan Salbiah.

”Allahhuakhbar. Terima kasih Allah, kerana telah memberikan aku isteri yang sempurna dan keluarga yang baik.”

Zulaikha ternyata seorang wanita yang rupawan dan cantik. Seorang wanita yang soleha dan menjaga adap pergaulan. Memang sesuai dengan Yusuf, ketampanannya yang menjadi kegilaan ramai wanita akhirnya ditakluk oleh seorang wanita yang cantik. Zulaikha memakai jilbab kerana dia khuatir jika diganggu oleh lelaki yang hanya memandang kecantikan. Jika cinta itu memandang kecantikan, maka cinta itu akan hilang suatu hari nanti, tetapi percayalah jika cinta itu ikhlas dari hati, maka cinta itu pasti akan kekal. InsayAllah.

Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Khamis, 20 Mei 2010

Warkah Buat Warga SEMESTA

CORENTAN KU DI SMK SRI TAPAH















































































WARKAH BUAT WARGA SMK SRI TAPAH (SEMESTA)

Selamat Hari Guru, Cikgu....satu ungkapan yang aku pertama sekali dengar dan mungkin untuk seterusnya selepas ini. biasalah, asal smbut hari guru mesti ada hadiah, tapi bukan hadiah yang aku harapkan. apa yang aku harapkan adalah kejayaan anak didik aku. bukan belas kasihan yang aku perlukan, aku hanya perlukan senyumaan kejayaan mereka. (Tapi terima kasihlah kepada mereka yang beri hadiah tu...smpai xmuat moto...smpai minta tolong cikgu hanim antarkan hadiah2 kamu tu..huhuhuhu...tq ye)

andai tuhan itu biasa memberitahu kalian semua betapa aku syg sangat2 mereka ini terutama kelas 4r dan 4h, akan kau kotakan seluruh kota babylon jika masih wujud lagi. namun semua itu belum tentu pasti.

sudah takdir tuhan. setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. setiap kegembiraan pasti akan ada kedukaan. antara air mata dan senyuman pasti akan ada tangisan. jka tangisan itu tulus, aku mengucap jutaan terima kasih andai diri ini diterima seadanya.

ada manusia tidak sempurna, seperti aku juga...ada kalanya surut di padang pasir, adakalanya terbit air di belukar kontang. andai pasti kemarau itu datang, bawalah segutang air agar dahaga yang menimpa dapat terubat kekeringan dengan kebasahan. itulah lumrah manusia, dari kota mekah terus ke kota madinah Nabi Muhammad berhijrah,
itulah aku bersunah pada yang dilakukannya, berhijrah dari satu tempat ke satu tempat dengan jihat untuk melihat bangsa ku berjaya dan berilmu...andai lintah itu hitam dan bias menghisap darah, aku pula hitam dan bisa menghisap kenangan.

Sri Tapah, tidak sesekali akan aku lupakan kerana telah sebati dalam kehidupanku. biarlah dunia tahu akan keberadaanku dibumi tapah, dengan itu akan kau tahu aku terlalu berhaga jika aku tiada lagi disisi.

bila ada, kita hanya menutup sebelah mata, bila tiada, terkenang-kenang nun jauh di sana. kepada pelajar 4r dan 4h yang cgu sayangi, belajar lah bersungguh-sungguh, dan berusahala untuk kehidupan kamu. cgu hanya mampu memandu kamu, tetapi cikgu tidak mampu memberikan kejayaan kepada kamu. semua itu hanya terletak pada diri kamu sendiri.

"Jangan result peperiksaan SPM sudah keluar, baru kamu akan menyesal"

inilah ungkapan yang cikgu seringkali ingatkan. tolong ubah nasib kamu dan keluarga kamu. ada apa2 msj2 lah cikgu dan cgu boleh tolong seadanya...tidak kira kamu 4r, 4h, 4s dan tingkatan 5 sekalipun..semua warga SEMESTA cikgu syang...tidak bermakna ketidakberadaan cikgu di SEMESTA, cikgu tidak boleh mengajar kamu. cikgu boleh menjadi rakan, abang atau bff kamu sendiri. berilah peluang kepada diri kamu untuk berjaya ok...
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky