- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Khamis, 26 Februari 2009

ceritera seorang sahabat 2

Kembali lagi...


Maaf lambat tulis sambunganya.. tadi ada ceramah disurau..lepas tu ada kerja sikit edit asgmnt esok nak hantar. aku sambung semula ceritera seorang sahabat ini. setelah dia masuk alam remaja dan menjejakan kaki di sebuah kolej di utara tanah air, dia mula semakin kuat bersosial. kelakuannya seolah-olah sudah menjadi kebiasaan kawan-kawannya. tiada satu pun kawannya yang cuba menasihatinya. kehidupanya yang penuh dengan hawa nafsu membuatkan dia semakin jauh dari landasan yang sebenar. pertama kali aku kenal dengan dia, aku rasakan dia macam orang lain juga. peramah, periang dan baik.

itu persepsi pertama aku ketika berjumpa dengan dia. di awal perkenalan, kami memang tak banya cakap kerana aku kalau dengan orang tak kenal kadang-kadang kala jadi pendiam dan lebih kepada peramahnya. tapi bila jumpa dia aku terus jadi dia, sebab aku takut kalau gejala sosialnya menjangkiti aku. ternyata tanggapan aku terhadap dia salah, dia sebenarnya memerlukan seorang teman dan tempat dia meluahkan masalah dan semangat.

dia utarakan masalahnya melalu telefon dan bercakap mengenai kisah-kisah lalunya sehingga ada ketika dia menitiskan air matanya. aku seolah-olah terpaku, betul ke dia insan yang aku jumpa, macho dan bergaya menangis kerana masa silam yang pernah dia alami. dia ingin berubah dan tiada siapa yang memandu dia. tetapi kenapa dia pilih aku untuk memandu dia untuk berubah. aku tidak sempurna atau sehabat mana pun, tetapi sebagai seorang kawan dan manusia aku akan berusaha dengan segala kudrat aku untuk menolong dia.

alhamdulilah, sekarang dia dah berkerja (2009), dan dengan pertolongan aku dia dah berubah. ia sudah tidak melalukan aktiviti yang tidak bermaruah itu. aku bukan nak meninggi diri, tapi bagi aku..aku memang layak untuk berbangga dengan diri aku kerana aku telah merubah dia ke jalan yang benar. aku bersyukur sangat-sangat kepada tuhan kerana memberikan aku semangat untuk mengubah dia. hanya tuhan yang tahu, mula-mula dia hendak berubah. biasalah nafsu manusia tidak boleh di kawal. beberapa kali dia terlanjur dan sebelum dia berubah sepenuhnya. itu adalah dugaan sebagai seorang sahabat. memang sukar untuk mengubah sepenuhnya, tetapi aku yakin dengan dia yang dia akan menjadi lelaki bermoral. telah terbukti sekrang. setelah hampir 2 tahun aku berkenalan dengan dia dan berusaha mnegubah dia, akhirnya tercapai semuanya.

sekali lagi, aku bukan untuk membangga diri atau sebagainya..aku cuma nak kongsi cerita ini kepada kawan-kawan semua. jika kita ada kawan yang memerlukan pertolongan seperti kawan aku ini, tidak salah kita menolongnya. ya aku tahu, walaupun aku atau orang yang hendak menolong tidak sempurna dan tidak baik, tetapi kita perlu melakukan sesuatu daripada mendiam diri dan hanya melihat. itu adalah tanggungjawab kita. aku gembira kerana aku berjaya mengubahnya walaupun sekarang ini masih dalam proses perubahan.

sekarang, aku masih lagi memantau perlakuan dia. dia tak kisah kalau aku marah atau maki dia ketika dia buat salah. itu adalah salah satu terapi aku kepada dia. tiap kalau aku akan bertanyakan kepada dia sama ada dia solat atau tidak dan sebagainya. aku harap, dengan cerita ini kawan-kawan semua dapat mengambil kebaikannya. terima kasih kerana membaca. tidak salah mencuba mengubah kehidupan seseorang menjadi lebih baik..

salam...
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Rabu, 25 Februari 2009

ceritera seorang sahabat 1

Assalamualaikum…

Ini bukan cerpen atau novel, ini adalah ceritera aku dengan seorang sahabat yang ingin dikongsi bersama. Ini bukan adalah buku harian aku, tetapi buku harian seorang sahabat yang selama ini bersama aku dan aku selalu menolongnya. Boleh dikatakan aku dengan dia ini adalah sahabat baik. Perkenalan kami telah hampir dua tahun pada tahun ini, dan aku berjaya megubah kehidupannya yang dahulu terlalu sosial.

Dia aku kenal dari seorang teman dan juga merupakan kawan aku masih kecil. Aku bercerita tentang dia adalah kerana aku nak bagitahu kepada kawan-kawan semua, bagaimana perasaan benci bertukar menjadi suka, dendam bertukar menjadi akrab. Mungkin telah biasa kedengaran ditelevisyen dan pawagam cerita ini. Tetapi ini adalah kenyataanya. Dan aku berjaya mengubah perspektif itu. Entah darimana semangat itu aku perolehi. Aku yang jarang menagis dan bersedih, turut merasakan perkara yang sama. Kami tidak berbual lama ketika berjumpa, perbualan aku dengan dia hanyalah berpanjangan di dalam telefon. Dari satu masalah, satu masalah yang aku ketahui tentang dirinya. Dari gaya luaran, aku memang sudah agak kehidupan dia macam mana dan aku sudah meneka apa yang sebenarnya yang ingin dia ceritakan kepada aku. Cuma kadang-kadang dia teragak-agak kerana aku adalah orang asing dan baru baginya. Tapi aku cuba yakinkan kepada dia, orang asinglah yang boleh diluahkan sepenuhnya jika dibandingkan dengan orang yang telah kita kenali. Agak janggal juga pada mulanya dia menceritakan kepada aku.

Kisahnya bermula ketika dia berada ditingkatan 4 (2003), dia cerita tentang kegiatannya bersama rakan-rakan. Aku sangat terkejut, atau aku kolot. Aku tak tahu kalau minum arak, seks dan judi itu adalah perbuatan yang biasa bagi seorang remaja. Tetapi aku tidak biasa dengan semua itu. Memang benar aku dilahirkan dikota besar johor bahru. Tetapi kelakuan dan tingkah laku aku dijaga oleh mak abah aku. Aku perlu tunjukan contoh yang baik kepada adik-adik aku yang lain. Tidaklah disini aku mengaku yang aku ini berlagak alim atau sebagainya. Tetapi itu adalah tanggungjawab aku sebagai anak dan abang. Aku mengaku aku agak kolot, dan tak sesosial kawan-kawan yang lain. Aku mengaku aku tak pernah keluar malam dan sampai lewat malam ketika zaman persekolahan. Ketika itu aku tak kenal lagi apa itu clubbing, dan sebagainya. Bila aku sudah masuk ke universiti, pelbagai orang yang aku jumpa dan aku kenal. Dan aku sendiri mengaku aku agak terikut-ikut dengan kawan-kawan. Tetapi semua itu masih boleh dikawan.

Tetapi berbalik dengan kawan ini, dia mengaku dengan aku dia telah melakukan hubungan seks dengan ramai orang, tak kira lelaki atau perempuan. Sama ada dia yang minta atau orang lain yang minta. Dengan pakej yang ada pada dirinya memang mudah untuk dia melakukan perbuatan tersebut. Arak sudah menjadi air biasa baginya. Clubbing jangan cakap, tiap-tiap malam dia pergi. Malam dia membawa kawan perempuan atau lelaki ke rumah dengan tujuan untuk melakukan hubungan seks. Aku hairan, mak bapak dia tak marah ke atau tak ambil kisah dia bawa orang kerumah dan buat benda-benada macam itu. Tapi bila aku tanya dia, dia cakap mak bapa dia tak kisah dan dia jadi semakin berani. Ketika dia berusia 17 tahun (2004), dia kenal dengan seorang perempuan yang dia sayang sangat dan menjadi teman wanitanya. Akhirnya teman wanitanya meninggalkan dia kerana dia curang. Dia sedih dan semakin teruk dengan kelakukanya. Tahun itu adalah tahun dia mengambil peperiksaan SPM.

Bukan di rumah sahaja, di sekolah juga dia sempat melakukan seks dengan pelajar lain, main judi dan merokok. Merokok aku biasa lihat di sekolah aku. Tetapi seks di sekolah sesuatu yang aku tak boleh terima. Aku sukar terima perlakukan seks di awal usia persekolahan. Maah jika aku ini kolot, tetapi memang itu yang aku cakap pada dia. Aku sukar percaya pelajar sekolah buat seks. Sejujurnya aku cakap, mula aku belajar diuniversiti baru aku faham semuanya, baru aku tahu perilaku mereka. Ternyata memang aku kolot, kadang-kadang bila aku teringat kembali, aku akan senyum seorang diri. Ahhahah... aku kene buat semua itu, kena lalui zaman remaja semula untuk aku memahami perangai pelajar dan ini untuk kebaikan aku sebagai seorang guru. Kisahnya aku akan sambung setelah solat isyak k.. aku nak mandi dan pergi surau..insyaALLAH nanti aku akan sambung. Ini untuk renungan kita semua.

Bersambung...
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

AsRuL & AiRuL : AlOnG macam dina..???

ola..huhuh

berjumpa kembali..yang ni aku nak cerita pasal kakak aku lah..kakak aku ni ada org ckp muka dia mcm dina, tapi badan xlah coz dina berisi sikit..huhuh..akak aku dlu kurus tapi dh kawen naek plak..xtaw lah nape..agaknya nak lawan dgn mak aku kot.hahha..lariikkkk....

dina tu yang Malaysia idol final dgn jack...xkan xkenal kot...huhuhu...masa tu dina famous lah coz masuk realiti tu..kawan2 aku dtg umh n ckp muka along mcm dina..aku xperasan plak mcm tu..huuhu..apa lagi dia mula perasan lah..mula lah aku dgn adeq tpu kawan2 ckp dina tu sepupu kami..aahahha..xsangka depa semua pecaya..lawak tol la..bila ckp benda yang sebenar depa masam lak muka...huhuh..

akak aku pon pandai nyanyi..masok pertandingan lagi..tapi dia xaktif mcm mak aku..akak aku ni malu lah orangnya..kalau marahh..abislah...dina xpon mcm tu..huhuhu...
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

AsRuL & AiRuL : Adik dah dimiliki...

hye semuanya..assalamualaikum..

lama aku tak tulis pasal kehidupan Asrul vs Airul kan..huhuhu..ye lah adeq aku dah bertunang..so aku sorang2 lah nie..menanti saat dia dimiliki oleh orang len.. tapi bguslah aku yakin org tu leh jg dia dgn baik.. dari kecik sampai besar..aku yang jaga dia..dia pergi mana, p rombongan sekolah aku yang jaga dia, makan minum dan duit belanja yang mak abah kasi..coz kalau tak dia akan abiskan semua..

aku mmg sayangkan dia, bodoh lah aku kalau xsygkan adeq aku sendiri..sbb syglah aku buat semua tu.. dari kecik aku didik untuk berdikari.. semua benda aku buat sendiri...dari urusan rumah sampai jaga adeq2..aku memang ada akak..aku dgn alonglah yang jaga.. tapi kadang2..ye lah kecik2 kan..nakal lah gak..aku terikut lah dgn nakal depa semua tu..huhuhu...

adeq skrg dh besar..aku xpayah jaga dia lagi..cuma aku kene amek berat gak..kalau masa sekolah dlu..aku larang dia kuar dgn kawan2 yang xleh pakai dan trlalu sosial..alhamdulilah walaupun kami ada gaduh pasal tu..dia tetap hormat aku sebagai abg dia..aku tak kisah kalau dia nk pikir ak kongkong dia atau tak..yang ptg dia jadi org berguna dan tak bercmpur dgn org yang tak tentu arah..tu amanah yang aku kene pegang..

so, skrg adeq aku dh bertunang dan ada plak org jaga dia..antara ahli keluarga, akulah org pertama yang diperkenalkan zura (tunang dia dgn aku) tu maknanya dia hormat dan pecaya dgn aku.. mula2 aku ragu2 dgn pilihan dia..selepas tu bila aku jumpa..aku ty slow talk dign dia..dan aku yakin zura dapat ganti tmpat aku sbg pnjga adeq...aku gembira kalau ada org jaga dia..bgus la..tu yang aku happyy sgt2...
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Sabtu, 21 Februari 2009

Buku Harian Asrul 4

Teman Sejati penghibur duka

Amir hanya diam tetapi tangisan dan deraian air matanya telah berhenti. Mungkin dia telah menerima keadaan sebenarnya. Kehidupan perlu diteruskan walaupun pahit. Ketiadaan orang tua yang amat menyayanginya selama ini harus menjadikannya lebih tabah dan berani. Apa pun yang terjadi, Amir ada kami semua, sahabat-sahabatnya yang selalu bersama walau suka dan duka, Amir ada aku, Adam, Adanan dan Cikgu Amran. Itu yang penting. Setelah hampir dua puluh lima minit dalam perjalanan ke rumah Amir daripada sekolah, akhirnya kami sampai dirumah bunglow Dato’ Amri. Keadaan jalan tidak sesak ketika dalam perjalanan pulang dek kerana banyak kenderaan telah sampai ke destinasinya. Mana tidaknya, dalam waktu 10 pagi ramai yang telah sampai dan masuk ke tempat kerja masing-masing. Kebiasaannya seawal 7 pagi, dari rumah Amir ke sekolah mengambil masa hampir 40 minit kerana banyak kenderaan dan menjadikan jalan raya pada waktu itu sesak. Kami disambut oleh Bibik Omah iaitu orang gaji Amir dan telah lama berkhidmat dengan keluarga Amir semenjak Amir kecil lagi. Keadaan Bibik Omah yang agak sedih menampakan kesenyuman walaupun dibuat-buat. Langakh yang diatur menuju ke arah Amir sedik sebanyak memberikan gambaran yang kurang enak. Bibirnya di kemam dan matanya bersinar-sinar seolah-olah menahan air matanya daripada berjurai. Bibik Omah kemudiannya menangis sebaik sahaja melihat raut wajah duka Amir lalu memeluk Amir. Bibik Omah bukan sahaja orang gaji bagi Amir sekeluarga tetapi orang yang selama ini mengasuh Amir daripada kecil sehingga dewasa. Bibik Omahlah yang menjadi ibu kedua bagi Amir setelah Datin Zainab.

Keluarga Amir tidak menggangap Bibik Omah sebagai orang gaji tetapi telah dianggap sebagai salah satu anggota keluarga Amir. Aku, Adam, dan Adnan juga mengenali Bibik Omah dengan rapat sejak kami berusia 8 tahun. Mana tidaknya, kami semasa kecil kerap bermain di rumah Amir kerana di rumahnya mempunyai sebuah pondok yang selalu kami jadikan sebagai tempat bermain. Walaupun sudah hampir 10 tahun pondok itu tidak digunakan oleh kami untuk bermain, ia masih kekal berada disitu. Keadaan pondok itu seakan-akan baru. Walau pun usia semakin meningkat, tetapi kenangan yang indah tidak akan dihapuskan dengan sia-sia. Aku, Adam, Amir dan Adanan menjaga pondok itu, memperbaiki kerosakan dek terkena panasnya mentari dan hujan yang bersilih ganti. Warnanya yang pudar akan dicat semula. Susun atur barangan dalam pondok itu tidak diubah kerana tidak mahu meninggalkan kenangan yang amat indah. Foto album kami berempat tersemat dan digantung pada dinding pondok tersebut. Hiasan dalamnya diserikan dengan keadaan meja, kerusi dan langsir yang ringkas dan menarik. Pondok itu kami perbesarkan kerana bentuk badan kami pun semakin meningkat. Selain pondok itu menjadi kenangan terindah dalam hidup aku dan rakan-rakan, tertapi pondok itu juga hampir mengundang bencana.

Pernah sekali Dato Amri hendak merobohkan pondok itu tetapi Amir menghalang. Amir menganggap pondok itu adalah kenangannya dengan rakan-rakannya, malah pondok itu adalah hasil buatan Dato Amri sendiri. Dia tidak mahu menghilangkan kenangan yang sangat indah bersama orang yang tersayang. Sungguh terharu aku mendengarnya ketika itu.

Bik dah tahu cerita tentang Dato dan Datin” tanya Adanan kepada Bibik Omah. Sambil mengalas beg amir dibahunya. Matanya memandang tepat ke wajah tua Bibik Omah. Terlihat jelas kehodohan Bibik Omah menangis. Suaranya ada kalanya dengar dan tenggelam.

Udah, bibik udah tahu. Kesian dengan Amir ya. Bibik kaget dengar berita itu. Tapi kata pak polis yang baru saja datang tadi belum ada lagi berita apa-apa tentang Dato dan Datin. Cuma dia bilang mereka masih hilang dan belum ditemui lagi” sambung Bibik Omah sambil mengesatkan air matanya. Langkah diatur menuju ke ruang tamu.

Cikgu rasa masih ada harapan tak, untuk kita mengharap mak bapa Amir itu selamat” tanya Adam. Pertanyaan adam sekali lagi membuatkan hati Amir tertanya dan berdebar-debar menunggu jawapan daripada cikgu Amran.

Susah untuk cikgu membuat andaian buat masa sekarang. Tapi kebanyakan kes seperti ini selalunya mangsa yang berada di dalam kapal terbang semuanya meninggal, sama ada ditempat kejadian atau pun dalam perjalanan ke hospital. Apatah lagi dalam kes seperti ini, kapal terbang yang terhempas bermula pada ketinggian beribu kaki dari aras laut. Susah untuk cikgu membuat keimpulannya” jelas Cikgu Amran dengan nada yang serba salah. Cikgu Amran perlu menyatakan realiti keadaan sebenar supaya Amir tidak memberikan harapan yang terlalu tinggi.

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu dari mulut Cikgu Amran, Amir hilang harapan untuk bertemu kedua ibu bapanya. Raut wajahnya turut berubah. Berubah seperti mentari yang memancar terik bertukar mendung. Cuaca yang tidak menentu membuatkan resah dihati Amir. Keadaan cuaca akan menyukarkan proses menyelamat dilakukan untuk mencari ibu dan bapanya jika mereka masih lagi hidup.

Amir, cikgu cakap seperti ini supaya kamu tidak memberikan harapan yang tinggi untuk bertemu dengan orang tua kamu. Kamu harus tabah Amir” Cikgu Amran cuba meyakinkan Amir sekali lagi. Wajahnya sekali lagi menampakkan serba salah. Nadanya mula menurun dan matanya mula bersinar-sinar.

Kami sebagai sahabat kau, nak yang terbaik untuk kau. Jadi jangan macam ni ya” aku mula menyampuk sambil menyandarkan diri sofa. Badan ini terasa letih dek kerana lewat tidur tadi malam.

Amir mula bersuara, ”baiklah, aku akan cuba. Tapi aku perlukan masa untuk semua ini. Dan aku sangat terkejut” Amir mneyandarkan badanynya didinding sambil diperhatikan oleh Adanan yang berada di sebelahnya. Tangan Adanan mengusap-usap bahu Amir sambil mengeluarkan kata-kata semangat.

Memang patut pun kau nak bersedih. Kau nak nangis sekarang nangislah puas-puas. Nanti bila dah puas, aku tak nak dengar atau lihat kau menangis lagi” Adanan mula bersuara. Adanan memang bersikap agak tegas, aku senang dengan sikap Adanan. Ketegasan dia membuatkan kami semua semakin rapat. Masing-masing mempunyai karekter masing-masing dan kami saling melengkapi. Inilah dinamakan sahabat kala suka dan duka. Adanan tegas tetapi sebenarnnya dia seorang yang baik hati.

Bual-bual juga bibik lupa, nak hidangkan air. Kejap ya bibik ke dapur” bibik melihat dan mendengar perbualan kami. Keadaan bibik yang telah tua kadang-kala lupa akan sesuatu perkara. Tetapi telatahnya membuatkan Amir masih lagi boleh tersenyum. Aku tidak sangup jika kesedihan ini semakin panjang berlarutan. Aku tidak dapat mengembalikan insan yang disayangi itu, tetapi aku boleh memberikan senyuman dan mengantikan orang yang disayang walaupun sukar dan mengambil masa. Aku sayang akan semua sahabat-sahabat aku, tanpa mereka mungkin aku telah tiada lagi. Mereka bukan sahaja sahabat, tetapi juga cinta aku. Cinta seorang sahabat yang sukar dicari ganti. Bertuah aku memiliki sahabat seperti mereka. Walau ke ceruk mana aku berada, bayang dan kata-kata mereka selalu mengiringi langkah aku. Aku ingin memainkan peranan sebagai seorang sahabat sejati. Aku tidak mahu, berita kehilangan ibu bapa Amir akan menjejaskan prestasinya dalam pelajaran. Tahun ini adalah tahun penting untuk kami. SPM adalah visi utama. Perjanjian untuk masuk ke universiti masih lagi dipegang dan harus ditepati.

Tak payahlah bik. Lagipun saya dah nak balik ke sekolah semula. Masih ada kerja sikit. Asrul, Adam dan Adanan kamu biarlah di sini temankan Amir” Cikgu Amran membalas. Khayalan aku terhenti seketika.

Yes Bos. Berita faham” kami menjawab dengan serentak. Amir dan bibik mula mengukir senyuman yang kami harapkan daripada mereka. Dengan senyumanlah dapat mengubat luka yang belum kering lagi itu.

Cikgu Amran terpaksa bergegas pulang ke sekolah kerana masih ada urusan ynag belum diselesaikan lagi. Dia membenarkan aku, Adam dan Adanan menemani Amir pada hari itu. Memang itulah yang diamanahkan oleh pengetua sewaktu dibawa ke rumah Amir. Sebagai rakan karibnya, aku akan berusaha melakukkan yang terbaik demi kebaikan Amir dan Bibik supaya peristiwa itu tidak menghantui dirinya lagi. Walaupun semuanya belum pasti lagi, sama ada ibu bapa Amir masih hidup ataupun sebaliknya tetapi kami berusaha untuk membantu Amir supaya menerima semua kemungkinan yang akan berlaku. Kami tidak mahu Amir akan bertambah kecewa dan mengharap akan kepulangan orang tuanya. Itu sahaja yang kami lakukan.

Amir pernah mengalami nasib yang sama apabila datuk dan neneknya terlibat dalam kemalangan jalan raya 2 tahun lalu. Amir amat sayang akan datuk dan neneknya, setelah kehilangan datuk dan neneknya, Amir menjadi seorang yang sangat menyedihkan dan menakutkan. Dia tidak boleh menerima kenyataan berita kematiaan datuk dan neneknya. Sukar untuknya menerima kenyataan. Itu yang aku takutkan jika perkara yang sama berlaku kepada Amir. Sewaktu kematian datuk dan neneknya, ibu bapanyalah yang menjadi penguat semangat Amir. Tetapi kini, kalau bukan aku, Cikgu Amran, Bibik Omah dan rakan-rakan, siapa lagi yang akan membantu menaikkan semangat Amir. Aku tidak sangup melihat semuanya berlalu bergitu sahaja. Bak kata pepatah ’mencegah lebih baik daripada menguatinya’. Dalam hal ini peranan aku dan yang lain-lain amat bererti dalam hidup Amir. Aku dapat rasakan bagaimana rasanya apabila kita kehilangan orang yang tersayang.

Sebaik sahaja Cikgu Amran pulang balik ke sekolah, Bibik Omah terus ke dapur menyediakan makan tengah hari untuk kami berempat. Sementara Bibik Omah menyediakan makanan, kami bersembang-sembang dan berehat melupakan perkara yang berlaku tadi pagi. Sambil berbual-bual, Adam mengajak kami menonton CD ceramah terbaru Ustaz Akhil Hayy. Seronok juga mendengar ceramah ini, boleh hilangkan tekanan dan masalah. Kami berempat begitu seronok mendengar. Sungguh aku tidak menduga Amir yang tadinya menangis teresak-esak kini kembali seperti Amir yang aku kenal. Seorang yang tabah, ceria dan kelakar orangnya. Sebenarnya di rumah Amirlah tempat kami menonton CD atau DVD baru jika salah satu antara kami yang membelinya. Memang sudah menjadi hobi kami menonton CD atau DVD dan menghabiskan masa bersama.

Bila masa kau beli CD ceramah ni, tak nampak pun kau pergi beli” tanya aku kepada Adanan.

CD ni bukan aku beli, tapi Cikgu Amran yang bagi tadi, memanglah kamu semua tak nampak. Masa kat dalam kereta tadi aku duduk kat depan. kamu bertiga duduk kat belakang sampai tak perasaan”. Balas Adanan dengan sinisnya.

Ooo... macam tu. Betul cakap kau Nan, Cikgu Amran memang banyak cerita-cerita macam ni. Aku pernah nampak banyak CD kat umah dia” Sampu Amir sambil tangannya membelek-belek CD dan DVD di rak televisyen.

Apa tajuk ceramah Ustaz Akhil yang cikgu Amran bagi ni Nan?” aku mula bersuara sambil membelek bekas cakera padat Ustaz Akhil Hayy.

Entah. Kau tengok je lah. Tapi yang pasti ada kaitan dengan doa seorang anak kepada orang tuanya” Adanan membalas sambil membaringkan badannya pada lantai yang di alas dengan karpet biru tua. Sungguh nyaman berada di rumah Amir dengan adanya alat penghawa dingin membuatkan aku turut membaringkan badan. Keringat yang dibasahi mentari semakin keriang dek kesejukan yang dirasa.

Kau orang ni, banyak cekadaklah,. Dengar jelah ceramah ni. Aku tengah tengok ni. Potong stim lah” Adam mula bersuara setelah lama berdiam diri kerana terlalu khusyuk melihat CD. Adam memang suka tengok CD ceramah Akhir Hayy dah memang hobi dia kalau nak dibandingkan antara kami berempat. Gelagat Adam itu membuatkan aku dan Adanan ketawa seketika. Namun tiada ukiran senyuman di wajah Amir. Amir hanya memerhati gelagat kami.

Tiada ukiran senyuman pada wajah Amir. Aku harap dengan ceramah daripada ustaz akhil hayy dapat memberikan sedikit sebanyak motivasi kepada Amir. Kebetulan tajuk ceramah ada kaitan dengan doa seorang anak. Aku harap Amir dengar dan dapat memotivasikan cermah yang didengar. Memang itu tujuan cikgu Amran memberikan CD ceramah itu kepada Adanan. Sungguh mengambil berat cikgu Amran kepada masalah yang dihadapi oleh anak didiknya.

Aku ingat lagi sewaktu Adanan menghadapi masalah yang tidak kurang hebatnya. Adanan hampir putus asa sewaktu diputuskan oleh teman wanitanya, Aisyah. Adanan dan Aisyah telah mula bercinta sewaktu berada dalam tingkatan 2 lagi iaitu kira-kira hampir tiga tahun lepas. Adanan banyak menceritakan tentang Aisyah kepada aku, Adam dan Amir. Betapa cintanya dia kepada Aisyah. Namun, hubungan percintaan mereka tidak lama dan menemui kehancuran apabila Aisyah berkenalan dengan seseorang yang bernama, Putera. Aisyah berkenalan dengan Putera dalam satu kem motovasi antara Sekolah-Sekolah Daerah Johor Bahru. Namun, perkenalan mereka mula membuahkan sesuatu hubugan percintaan tanpa pengetahuan Adanan.

Adanan dapat merasakan perubahan yang berlaku ke atas diri Aisyah dan meminta Aisyah berterus terang. Ketika itu, aku terdengar perbualan mereka.

awak, saya nak kepastian” Adanan cuba meminta penjelasan daripada Aisyah.
apa awak cakap ni?” Aisyah cuba mengelak.
siapa putera?
putera!! Kawan. Kenapa? Aisyah cuba mengelak sekali lagi. Kelihatan wajahnya berkerut tanda kegusaran.

saya dah tahu semuanya. Bukan saya sahaja yang tahu, kawan-kawan lain dah tahu” Balas Adanan.

maksud awak?” Aisyah cuba menyembunyikan hubungannya dengan putera.

saya dapat rasakan awak dah berubah. Tak macam dahulu. Saya dapat rasakan awak dah ada lelaki lain. Saya nak kejujuran daripada awak. Dari dahulu lagi prinsip percintaan saya ada 3 k iaitu kepercayaan, kejujuran dan keikhlasan. Sekarang saya nak awak jujur dengan saya. Betul atau tidak awak ada hubungan dengan lelaki bernama putera?” Adanan mula meluahkan segala yang terpendam selama ini.

Lama Aisyah mendiamkan diri. Seolah-olah lidahya kelu untuk berbicara. Aisyah tidak mahu menghancurkan hati Adanan tapi hati dan cintanya telah berubah arah.

awak, saya minta maaf. Hati saya bukan untuk awak lagi. Saya harap awak faham. Saya minta maaf” Aisyah memberanikan diri untuk berlaku jujur walaupun pahit untuk diterima oleh adanan.

maksud awak? Awak nak putuskan hubungan kita?” Adanan meminta kepastian.

“kalau itu jalan yang terbaik, saya minta maaf.” Aisyah terus beredar dari situ. Adanan terdiam terpaku tanpa seribu bahasa. Hatinya seolah-olah hancur. Hubungan yang dijaga selama tiga tahun bersama Aisyah akhirnya musnah dalam sekelip mata. Adanan terduduk di atas lantai dan membatukan badannya.

Aku yang memerhatikan gelagat Adanan dan Aisyah dibalik sudut blok terus menuju ke arah Adanan dan melihat wajahyan yang penih rasa sayu. Keadaan Adanan ketika itu sama seperti Amir sekarang ini. Kehilangan orang yang amat disayangi memang amat pahit untuk ditelan. Hempedu yang dirasakan akhirnya setelah madu diberikan. Tetapi setelah mendapatkan nasihat dariapda aku, Amir dan Adam ketika itu, Adanan menjadi tabah dan lebih berani menghadapi cabaran. Aku mengharapkan, keberania dan ketabahan yang ada pada Adanan berpindah kepada Amir. Amir perlukan seseorang untuk dia mengisi kesedihan. Sebab itulah, aku, Adam dan Adanan sentiasa menemani Amir dan menerimanya seadanya.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Jumaat, 20 Februari 2009

Buku Harian Asrul 3

Kesedihan Amir

Aku sedih sangat melihat Amir dalam keadaan tidak bermaya ketika dalam perjalanan pulang. Air matanya berderai laju tanpa henti walaupun suara teriakannya sudah tidak kedengaran. Aku mengenggam tangan Amir dengan sekuat-kuatnya. Hendak sahaja aku menangis ketika itu. Tapi apakan daya kalau aku menangis akan menambahkan beban dan kesedihan di hati Amir. Aku tak sampai hati.

˝Amir, awak janganlah macam ni. Ingatkan Tuhan banyak-banyak. Insyallah semuanya tak ada apa-apa” Cikgu Amran cuba menenangkan Amir.

Tiba-tiba Adam bersuara sambil memalingkan muka Amir ke arahnya. ˝Amir, Amir dengar sini, kalau kau menangis air mata darah sekali pun benda dah jadi takkan kembali kepada yang asal. Dengar sini, kita semua akan mati juga satu hari nanti tapi kita tak tahu bila dan bagaimana. Wallahhuallam. Aku percaya walaupun ditakdirkan diantara kita yang pergi dulu, ada orang yang akan menyayangi kita seperti kita semua. Aku sayang kau orang semua seperti adik beradik aku sendiri. Kita kena yakin itu” Adam lantang dalam memberikan teguran sehingga aku terkejut. Adam yang selama ini aku kenali adalah seorang yang suka bergurau senda tiba-tiba berubah. Tapi apa yang dikatakan olehnya ada betulnya juga. Kata-katanya sedikit sebanyak memberikan impak kepada Amir.

˝ Hurmm....” Aku mengeluh seketika.
˝ Betul apa yang dicakapkan oleh Adam tu, walau apapun yang terjadi kau ada kami semua, kami sayang kau. Ingat tu” sambung aku.

˝ Cikgu pun ada juga. Walaupun cikgu banyak denda kamu tapi cikgu buat semua itu sebab cikgu sayang pada kamu semua. Kamu boleh anggap cikgu seperti abang kamu sendiri.” Tersentap aku dengan kata-kata Cikgu Amran. Tetapi memang aku sudah tahu Cikgu Amran ini sebenarnya baik, cuma garang sikit. Itu pun kami selalu buat hal di sekolah.

Sukar bagi amir untuk menerima berita yang menimpa kedua orang tuanya. Aku sedar, walau kata-kata setajam pisau sekali pun, tiada guna. Manusia yang dalam kesedihan di tahap maksimum memang sukar untuk diubati dalam masa yang begitu singkat. Aku faham dan sedar bagaimana perasaan amir. Aku, Adam, Adanan dan cikgu Amran telah memberikan dorongan dan kata-kata semangat, dan semua itu adalah satu langkah terbaik untuk Amir buat masa ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Setelah puas Amir puas menangis, tiba-tiba tangisannya terhenti. Amir menyandarkan badanya dan meletakkan kepalanya pada dinding cermin kereta. Matanya tajam melihat ke luar pintu cermin. Amir seolah-olah membatukan diri. Diam tanpa bersuara. Kata-kata yang dilimpahkan untuk menaikan semangat amir, hanya lalu seperti bayu. Pipinya yang belum kering dibiarkan basah.

”Amir, Amir” Adanan memanggil nama Amir setelah melihat raut wajah syahdu Amir.

”Nan...” Adam memanggil nama Adanan.
”Apa?” Adanan membalas.

Adam memangkat jari telunjuk kanan ke mulut seolah-olah memberikan syarat kepada adanan supaya membiarkan Amir bersendirian tanpa menganggunya. Setelah faham maksud adam, adanan menganggukkan kepalanya. Dan membiarkan amir dalam keadaan sedemikian. Lumrah manusia. Perlukan masa untuk terima sesuatu kenyataan yang pahit.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Isnin, 16 Februari 2009

Hatiku Bukan Pualam

Hatiku Bukan Pualam

Hatiku bukan pualam,
Yang bersinar seperti delima,
Kadang malap dan tidak bercahaya,
Kadang suram tanpa berita.

Hatiku bukan pualam,
Yang selalu gembira dan tawa,
Tanpa ada duka sengketa,
Meski walau sesaat tawa terleka,
Tidak seindah yang diharapkan.

Hatiku juga bukan pualam,
Ibarat puar yang tumbuh melata,
Tiada yang jaga dan disirami,
Hanya kesepian kesunyian peneman,
Permata yang tiada harga.

Jika gembira, aku tawa sendirian,
Jika menangis, tiada henti.
Seolah hatiku telah disumpah,
Akibat kualat yang menimpa,
Benar, percayalah
Hati aku bukan pualam yang diharapkan.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Sabtu, 14 Februari 2009

Buku Harian Asrul 2

Berita yang Mengemparkan!!!

Saya mendapat panggilan telefon dari En. Bakri bin Asnan iaitu pak cik Amir” tiba-tiba Amir bangun tidak semena-mena. Dan dapat merasakan sesuatu perkara buruk yang berlaku. Kami semua memandang ke arah Amir setelah mata tertumpu lama ke arah pengetua.

˝Amir, cikgu harap awak dapat bersabar ya” tambah pengetua. Amir tiba-tiba menuju kepada pengetua untuk mendapatkan kepastian perkara yang sebenar dan apa yang berlaku sebenarnya dan kenapa namanya disebut. Begitu banyak persoalan yang berlegar dikepala Amir malah kami sebagai sahabatnya tidak terlepas memikirkan apakah yang sebenarya ingin disampaikan oleh pengetua. Pengetua terus menyambung pembicaraannya dengan nada yang berlainan dan sedih.

˝Kapal terbang yang di naiki oleh Dato Amri dan Datin Zinab, telah terhempas di Hong Kong”. Kami semua memang sedia maklum Amir berasal dari keluarga yang kaya. Dan ibu bapanya selalu pergi outstation untuk menguruskan perniagaannya. Sebaik sahaja menerima perkhabaran itu, tiba-tiba Amir terus berlari keluar dari bilik darjah sambil menangis. Jelas kelihatan apabila Amir mengesat air mata dengan tangannya. Aku, Adam dan Adanan terus bangun dan berlari keluar kelas untuk mendapatkan Amir. Amir berlari dan terus berlari seolah-olah orang hilang akal. Tetapi sampai sahaja dipintu pagar sekolah dia terduduk dia sudut tepi jalan dan menagis sekuat-kuat hatinya sehingga Pak Guard yang ada disitu terpingga-pingga dengan gelagat Amir.

Aku, Adam dan Adanan turut keluar dan mengekori Amir dari belakang. Aku, Adam dan Adanan menuju ke satu sudut tepi jalan tempat Amir bersandar dan menangis. Kami bertiga hanya mampu menenangkan hati Amir walaupun berita yang diterimanya itu pahit untuk ditelan. Namun dalam saat-saat seperti ini hanya itu sahaja yang mampu kami lakukan. Membiarkan Amir menangis sekuat-kuat hatinya.

˝Amir, insyallah mak dan bapak kau tak ada apa-apa. Kita kena yakin. Banyak-banyaklah berdoa Amir.” Aku cuba menenangkan Amir.

˝Betul tu Amir, kau jangan pikir yang bukan-bukan. Banyak-banyak berdoa dan berserah pada yang diatas.” Adanan menambah.

Pengetua mengekori kami dari belakang sambil ditemani oleh Cikgu Amran.

˝ Kamu bertiga pergi ambil beg kamu dan beg amir sekali. Setelah itu temani Amir untuk pulang ke rumah. Biar dia tenangkan fikiran dia” Kami berempat dibenarkan pulang oleh pengetua.

Pengetua meminta Aku, Adanan dan Adam supaya menenangkan Amir dan menaikkan semangatnya kembali. Kami dihantar oleh Cikgu Amran pulang ke rumah Amir. Raut wajah Amir memang amat menyedihkan. Aku tidak pernah melihat raut wajahnya seperti itu sebelum ini. Dia seolah-olah hilang semangat sebaik sahaja menerima berita yang menyedihkan itu. Aku, Adam dan Adanan hanya mampu menemani dan menaikkan semangatnya untuk saat ini. Sedih memang sedih, siapa yang tak sedih jika aku sendiri yang menerima berita itu. Mungkin aku lagi teruk dari itu. Siapa sangka gelak ketawa kami tadi pagi hanya untuk seketika. Memang betul kata orang malang memang tidak berbau.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Intan Suraya 15

Intan Suraya 15

Badan aku rasa sangat letih setelah pulang dari Jusco. Nenek dan Aimin masing-masing terus ke bilik. Mungkin mereka juga keletihan. Bagus juga cerita tadi, cerita hantu. Aku keluar tengok wayang bersama-sama nenek dan Aimin. Jertitan nenek di dalam panggung membuatkan panggung riuh dan penuh dengan ketakutan. Aku dan Aimin sudah biasa dengan cerita hantu malah lebih seram daripada itu pun kami pernah tengok. Nenek jenis yang penakut. Tangan Aimin dan aku menjadi mangsa, apabila tiba babak yang menyeramkan, nenek akan menggengam tangan kami. Tapi aku dan Aimin sudah biasa keran di rumah pun kami akan menjadi mangsa apabila menonton cerita seram di televisyen. Gelagat nenek kadang kala membuatkan aku dan Aimin tergelak bersama.

Sebaik sahaja aku menyandarkan badan aku di sofa, telefon aku berbunyi.
Siapa pula yang mesej ni?” aku mengeluh kerana sedikit keletihan.

Teks dalam pesanan mesej
As’kum, awk mlm ni blh kt bjumpa? Sy ada sesuatu nk bgtw awk?” aku terkejut apabila Intan menghantar mesej tersebut. Fikiran aku penuh dengan tanda Tanya. Mungkinkah ada sesuatu yang mustahak atau sebaliknya? Sukar untuk aku tafsir sikap Intan kerana dia lain daripad yang lain. Tingkahnya, senyumannya juga sukar untuk aku tafsir. Ada kali dia senyum tetapi penuh dengan duka setelah dia menyuarakan masalahnya kepada aku. Sudah hampir dua bulan aku mengenalinya tetapi aku masih lagi menyayanginya sama seperti pertama kali kami bertemu. Tidak mungkin perasaan ini akan berubah. Itu adalah prinsip hidup aku.

Walau badan dalam keletihan, aku paksakan gagahkan diri untuk berjumpa Intan. Kelibat Aimin dan Nenek tidak kelihatan. Pintu bilik mereka masing-masing sudah terkunci. Aku melihat jam di dinding menunjukkan pukul 9.23 malam. Tanpa berfikir panjang aku membalas mesej Intan :

Salam. baikalah, kt jumpa jam 10 malam di tempat biasa k. salam” ringkas jawapan aku kerana tiada tenaga lagi.tetapi untuk menjaga hatinya aku gagahkan jua.
Aku harus bagitahu nenek yang aku akan keluar. Kalau tidak, tercari-cari nenek. Sebelum kaki aku melangkah ke bilik, aku berhenti di hadapan pintu bilik nenek. Dengan perlahan, aku ketukkan bilik tersebut. Dengan beberapa kali ketukkan, nenek telah membuka pintu. Telah aku agak, nenek juga keletihan.

Nenek, man nak keluar jap. Man kunci pintu ya nek. Man bawa kunci sekali.”

Baiklah. Tapi jangan balik lewat sangat. Hati-hati.”jawab nenek ringkas.

Aku meneruskan labgkah ke bilik aku. Aku mencapai tuala untuk menghilangkan peluh dan kepenatan.dalam pada itu, aku asyik berfikir dan mencari tanda tanya. Apa yang berlaku kepada Intan. Sungguh aku mengambil berat akan gadis tersebut.

Aku positifkan andai tersebut supaya aku tidak gusar. “Mungkin Intan rindukan aku kot?” aku tersenyum sambil membuka baju dan seluar, lalu melangkah ke dalam bilik air.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Hai Hari Kekasih!!!

Salam Sejahtera dan Selamat pagi semuannya..

masa aku tulis artikel nie, adalah ari sabtu bersamaan 14 feb 2009 pada kol 11.20 pagi.. alah benda ni dh banyak kali diperkatakan dan diperdebatkan tapi masih lagi dibuat.. macam undang2 di malaysia, manusia membuat undang2 untuk dilanggar dan disaman. fikir2lah sendiri..

cakap pasal hari kekasih ni lebih baik jgn sambut..haram lah hukumya.. sepatutnya kalau korang sayang dan kasihkan seseorang tak kira lah pada pemeli ke atau someone, xde namanya hari kekasih. nak taw sebab pe. coz hari kekasih nie menunjukkan bahawa hari tu je korang saya diorang dan care sangat2. bagi aku erti kasih dan cinta itu lebih meluas dan berpanjangan..hahaha..kan dah keluar ayat-ayat jiwag..ahaks..

mcm ni lah..kalau ko sayang dan cintakan seseorang, bagi kau setiap hari dan masa adalah hari kekasih dan itulah namanya kasih yang suci.. ni tak, korang sambut hari kekasih sama2 dengan orang yang bukan islam..malam orang islam pon sambut juga..korang kalau nak buat sesuatu fikir dlu dan kaji dlu..sebab apa dia orang sambut..ini ada kaitan dengan agama kritian dan jesus...lebih baik baca dan minta pendapat daripada orang yang berpengalaman. jgn asyik ikut orang len dan sambut jew..aku yankin, korang sume dh pandai fikir kan,,,insyaAllah..


sumber lanjut:

http://www.angelfire.com/pro/sembahyang/downloads/murtad.pdf
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Beruntungnya Kau Di Sini

Beruntungnya Kau Di Sini

Cuba kau lihat hujan yang turun,
Cuba kau rasakan derasnya ia terjun,
Dari satu puncak,
Yang tinggi di awan,

Cuba kau renungkan,
Jauh nun tinggi di atas sana,
Selamai dengan jiwa,
Jangan pacaindera kau antarakan,
Kerana dengan itu,
Kau tidak akan merasakannya

Hujan yang turun,
Dingin badan dirasakan,
Salju yang jatuh,
Bagai debu yang berterbangan,
Panas yang memancar,
Keringat yang di dahagakan.

Fikirlah,
Ini semua adalah dunia,
Alam yang indah,
bumi yang damai,
ciptaan yang kuasa,
tidak dapat dibayangkan,
beruntungnya kau di sini.

Jagalah dengan penuh rela,
Dengan hati yang murni,
Tanpa ada benci dan simpati,
Ku yakin dengan tekad,
Kau akan tahu erti hidup ini,
Betapa beruntungnya kau di sini.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Ayat-ayat Cinta

AYAT-AYAT CINTA

Dalam selembar warkah,
Tertulis puisi indah,
Kata-kata yang penuh bermakna
Dahagakan alunan,
Ayat yang membuat engkau tersenyum.

Ku susun kata indah,
Pemanis bicara menusuk kalbu,
Ayat demi ayat,
Kata demi kata,
Memberikan ungkapan yang beza,
Dalam makna yang sama.

Mata pena yang tajam,
Membatu ayat itu berbicara,
Memberikan semangat,
Merlahirkan seribu satu rasa,
Yang tidak dapat dirasakan,
Oleh Sang pencipta.

Ayat-ayat itu,
Selesai berbicara,
Lengkap isi dan maknanya,
Berbangga dengan pencipta,
Hasil makna ayat yang sempurna.

Kini,
Ayat-ayat cinta telah bergema,
Bernyanyi dengan nada yang syahdu,
Menari dengan irama yang satu,
Semuanya menjadi padu,
Dalam ungkapan bernama puisi.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Buku Harian Asrul 1

Pengumuman Pengetua

Sepuluh minit sebelum loceng sekolah berbunyi, aku bergegas ke kantin sekolah. Aku belum bersarapan lagi. Maklumlah sejak aku dari kecil lagi kalau aku tidak bersarapan pagi aku akan sakit perut dan tidak selesa untuk belajar. Aku membeli tiga ketul kuih karipap dan segelas teh panas untuk alas perut. Aku ternampak Cikgu Amran iaitu cikgu disiplin Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Lapang. Dia seorang yang tegas dan garang, takut juga aku melihat kebengisannya. Nampak sahaja dia menuju ke dalam kantin terus aku bangun dan berlari menuju masuk ke dalam kelas. Kebetulan di dalam kelas cikgu Yasmin belum masuk lagi. Nasib aku kali ini memang selamat kalau tidak habislah aku kena denda. Aku pernah kena denda dengan Cikgu Amran kerana lewat masuk ke dalam kelas. Tapi masa itu lonceng belum berbunyi lagi. Sudah menjadi adat sekolah, pelajar-pelajar dikehendaki berada di dalam kelas 5 minit sebelum mula sesi pengajaran dan pembelajaran.

Kau ke mana tadi, kenapa lewat masuk? Ni mesti kau pergi makan dulu kan? Kau ni tak abis-abis.” Amir rakan sekelas aku yang duduk disebelah aku dan juga kawan baik aku dari sekolah rendah lagi berleter kepada aku. Dia memang masak dengan perangai aku. Aku selalu berkongsi masalah dengan dia. Keluarga dia dah anggap aku seperti anggota keluarganya sendiri.

Biasalah kau macam tak tau je, dia mana boleh tak makan, nanti sakit perut. Aku tak nak jadi macam minggu lepas” Adam menyampuk. Pernah sekali pada minggu lepas aku tidak sarapan pagi, aku sakit perut yang teramat sangat dan menganggu proses pembelajaran. Aku dibawa ke pusat rawatan dan ditemani oleh Amir, Adam dan Adanan. Mereka bertiga adalah rakan karib aku.

Adanan tiba-tiba bersuara “Asrul, kenapa kau pergi tak ajak aku. Aku pun belum sarapan lagi”.

Maaflah Nan, aku tak sempat nak bagi tahu kau, sebab aku datang terus pergi ke kantin” aku menjawab sambil meletakkan beg sandang ke dalam perut meja.

Kau tak makan pun tak apa Nan, ni kawan kita sorang ni mana leh tak makan. makin melarat nanti
.” Sampuk Amir. Kami berempat ketawa pada pagi itu sambil diperhatikan rakan sekelas yang lain dan tiba-tiba Cikgu Yasmin masuk untuk memulakan pembelajaran dan kami belajar seperti biasa.


Sedang asyik kami belajar, tiba-tiba pengetua masuk ke dalam kelas. Mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan. Raut wajah yang memberikan seribu tanda tanya membuatkan dahi aku mula berkerut. Hati aku berdebar-debar. Kenapa pengetua datang ke dalam kelas aku? Inilah pertanyaan yang berlegar-legar di dalam kepala. Bukan aku sahaja yang berkerut malah, rakan-rakan yang lain turut merasakan benda yang sama.

Asslamaualaikum semua” Pengetua mula bersuara dengan nada yang agak serius. Pengetua memang serius orangnya tapi aku rasa lain macam kerana wajahnya agak tegang macam ada sesuatu yang ingin disampaikan.

Walaikumusalam pengetua” jawab kami satu kelas. Pengetua pun sambung tutur katanya.

Saya ada sesuatu yang ingin saya sampaikan kepada anda semua dan saya harap anda semua bersabar menerima berita ini". Keadaan pengetua membuatkan aku dan rakan-rakan dalam keadaan gelisah. Munginkan sesuatu perkara buruk yang akan berlaku. Pelbagai persoalan yang bermain difikiran kami. Sukar untuk diungkapkan dengan lafaz kata yang satun.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

AsRuL AiRuL : AdeQ Nak Sambung Belajar

AsRuL AiRuL : AdeQ Nak Sambung Belajar

Satu hari adeq tepon aku ckp dia nk sambung stdy..aku terkejot la..coz xpenah2 dia fakir pasal stdy ni tepon soh aku crikan tempat or politek yang ada kat jb…aku search la..dia nk amek diploma..bguslah tu..tapi yg payahnya dia nk amek part time jew coz dia masih nk keje kat kfc tu..ye lah kalau berhenti sayang lak..pastu kalau dia stdy full time, nk dpt wet dr mana..

Tapi aku sokong dia nk smbng stdy…tu yg aku terus p cc tok cari maklumat ttg politek atau kolej kat jb coz tenet kat bilik aku masa tu mcm cipan.. aku ada gak tepon pak cik aku yg jadi cikgu tanyakan dgn kawan2..tgh dlm proses lah nie…korang kalau tahu pasal part time stdy kat kolej atau poli atau mana2 lah..bagi tahu aku ek..tapi kat area2 jb la..tolong ek…thanks…
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

AsRuL AiRuL : AdeQ Aku Tunang


AsRuL AiRuL : AdeQ Aku Tunang

Setelah hampir dua tahun, arawah meninggal akhirnya adeq aku melangsungkan tali pertunangan untuk ke dua kali. Insan yang berjaya menambat hati adeq aku adalah NorFaizura..ahaks… hope2 sampai ke jinjang pelamin.. ye lah..depa berdua tu asyik berkepit je ke sana ke mari..meluat gak..

Depa ikat setahun, tapi aku xtaw la…mungkin thn ni gak dia kawen..ahaks..tinggal aku seorang diri.. sedih lah plak..dah2 abaikan aku, yg ptg adeq aku gembira dan bahagia..wah touching takk.a.ahks..dah jodoh dia..aku nk habiskan stdy dlu, ada rumah dan kete bru fakir pasal kawen..

Dia tunang masa cuti raya cina. Hahaha…hari ahad tanggal 25 janurai 2009. dak kota tinggi. Mak bapaknya ya ampun alim.. maknya ustazah, akak iparnya pon ustaza..baguslah dik..ahaks..alhamdulilah.. tak lama lagi ko jadi ustaz la..


semoga dengan kehadiran Zura dapat mengubat lukanya. Adeq xpenah lupakan arwh, malah Zura sendiri suruh jangan lupakan arwah.. baguslah dik…dalam wallet dia pon ada pic zura dan arwah…aku sendiri tgk.. tapi buat apa zura nak jeles..dia faham lah tu…
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Jumaat, 13 Februari 2009

Kisah Benar Kawan dari Friendster.com 2

DIARI DUKA SARAH

Salam sejahtera. Sekali lagi seorang insan yang aku kenali di laman friendster.com ingin berkongsi ceritanya dan aku berminat membuat cerita tersebut dalam bentuk cerpen. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa hal atau latar cerita aku ubah tetapi masih mengekalkan keaslian ceritanya. Bukan niat untuk mengaibkan seseorang atau memburukan seseorang. Saya dan dia hanya ingin berkongsi cerita ini untuk dijadikan pedoman kepada kita semua. insyaAllah dengan izin Allah.

Ini adalah cerita dari teman bernama Lya yang aku kenali di friendster.com. Cerita ini adalah cerita daripada temanya dan aku akan adaptasikan cerita ini dalam bentuk cerpen. Diharapkan para pembaca terhibur membacanya dan mendapatkan pengajaran daripada cerita ini. Cerpen ini aku beri nama DIARI DUKA SARAH


-----------------------------------------------------------------------------------

Kisah ini merupakan derita seorang anak gadis yang berusia belasan tahun. Kehidupan Sarah (bukan nama sebenarnya) menerima tekanan demi tekanan dalam hidupnya. Seorang gadis kecil yang berusia awal belasan tahun sepatutnya bergembira bermain dan tawa dengan rakan-rakan sebaya. Namun, berbeza dengan kehidupan sebenar yang harus dilalui oleh Sarah. Dia terpaksa menerima keputusan perceraian kedua ibu bapanya ketika berusia dua belas tahun. Semenjak itu, Sarah dijaga dan dirawat oleh neneknya di kampung.. Sarah dijaga dan dirawat sehingga Sarah membesar sebagai seorang gadis yang baik, bersopan santun dan berbudi perkerti. Sikapnya yang baik hati dan ramah membuatkan ramai yang senang dan menyanyangi Sarah.

Bukan itu sahaja, Sarah adalah pelajar yang aktif dan bijak dalam pelajaran. Sikap lemah lembut dan ilmu agama yang ada dalam diri neneknya diperturunkan kepada Sarah. Sarah amat menyayangi neneknya lebih daripada ayah dan ibunya. Kasih sayang ini membuatkan Sarah berniat untuk tidak menyambungkan pelajarannya di Asrama Penuh kerana tidak mahu meninggalkan neneknya seorang diri.

Sekali lagi konflik dan penderitaan berlaku dalam hidup Sarah apabila ibunya berniat untuk berkahwin lain. Semejak dari itu, sikap Sarah mula berubah. Setiap kali cuti sekolah, Sarah akan tinggal bersama bapa kandungnya. Ini adalah kali pertama Sarah berjumpa dengan keluarga sebelah bapanya iaitu Mak Long, Pak Long dan sepupu sebelah bapanya. Sikap ramah dan periang sekali lagi membuatkan Sarah disayangi oleh ahli keluarga tersebut. Tidak terlepas juga kepada sepupunya yang bernama Kamal (bukan nama sebenar). Kamal seorang remaja lelaki yang berusia awal 20-an dan merupakan penuntut di sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Hubungan Kamal dengan Sarah semakin rapat kerana Kamal sering mendengar cerita daripada Sarah dan memberikan nasihat kepada Sarah. Jika Sarah datang ke rumah Mak Long dan Pak Longnya mesti ada Kamal. Kalau tidak, Sarah akan rasa sunyi. Sarah tidak rapat dengan sepupunya yang lain. Mak Long dan Pak Longnya memiliki anak lelaki kesemuanya dan Sarah telah dianggap sebagai anaknya sendiri.

Niat Sarah ingin memperkenalkan Kamal kepada rakan baiknya iaitu Alia. Daripada pertemuan pertama akhirnya, Alia menjadi teman wanita Kamal. Walaupun Alia adalah rakan baik Sarah dan Sarah memperkenalkannya. Namun, timbul rasa cemburu.
“Adakah rasa cemburu ini wajar untuk itu atau sebaliknya” pelbagai andaian bermain di pemikiran Sarah. Dia tidak pasti dengan perasaannya. Dia menganggap Kamal sebagai abang atau sebaliknya. Timbul konflik baru yang bermain dalam pemikirannya. Tanpa rasa resah dan gundah, Sarah membiarkan perasaannya berlalu pergi. Tetapi, setiap kali melihat kemesraan Kamal dengan Alia, Sarah seolah-olah rasa ditikam dek sembilu. Pedih dan peritnya rasanya.

“Tidak mungkin aku mempunyai perasaan terhadap orang yang aku anggap sebagai abang. Ini bukan cinta” Sarah sekali lagi menafikan perasaannya. Lalu dibiarkan sahaja.

Sekali lagi dilemma berlaku kepada remaja yang bernama Sarah. Ketika itu Sarah berusia empat belas tahun. Tidak semena-mena perut Sarah merasa sakit. Adakah itu senggugut. Aku tidak pasti, tetapi itulah yang diberitahu oleh Lya (pengirim).

“Sakit lagi ke perut tu?” ujar Kamal.
“Sakit sangat” jawab Sarah
“Nah, ambil ubat dan minum air putih ini” Kamal menghulurkan ubat dan air putih yang baru sahaja diambil di dapur. Tidak tahan dia melihat muka Sarah menahan kesakitan.
Sebaik sahaja Minum dan Sarah terlena di sofa empuk di ruang tamu. Tika dilena mimpi, Kamal melihat raut wajah Sarah penuh dengan rasa syahdu dan hening. Dia merasakan sesuatu perasaan yang lain tetapi perkara itu didiamkan sendirian tanpa siapa yang tahu.

Tetapi niat dihatinya semakin kuat menyatakan bahawa dia mempunyai perasaan yang lain dari biasa. Saat Kamal menatap wajah sayu dan ayu Sarah, hatinya mula berdegup kencang. Seolah-olah ada sesuatu suara yang membisikkan di telinganya. Entah suara siapakah itu? Maklumlah saat itu hanya mereka berdua sahaja berada di rumah. Sedangkan insan bergelar imam tika berada situasinya sukar untuk mengenal dosa dan pahala. Imanya gugur tanpa menuntut di medan perang. Kamal seorang jejaka yang kuat bertakwa akhirnya menurut kata-kata nafsunya sendiri. Menurut kata hati, buruk padanya. Itulah kata yang boleh diungkapkan.

Tanpa disedari, jari-jemarinya mula bergerak dengan irama yang gema-gemalai di awang-awangan. Matanya mula terbeliak dan telahan air liur mula dirasakan. Mustahil seekor kucing akan menolak ikan yang masih segar di depan mata. Tangannya mula beralih arah, dari satu ruang udara ke satu permukaan yang sepatutnya tidak dilandaskan. Tangannya mula meraba ke seluruh tubuh Sarah. Digomolnya satu persatu tanpa ada rasa serba-salah. Sarah yang lena tidur, tiba-tiba tersedar dan merasakan ada sesuatu objek yang menyentuh tubuhnya. Dirasakan semakin hangat, apabila membuka matanya, dia terus menjerit. Setelah diteliti wajah yang berada disisinya iaitu Kamal sendiri dia mula terdiam.

“Abang, apa abang buat ni?” sapa Sarah sambil menjauhkan jaraknya.

“Maafkan abang, abang cuma nak selimutkan Sarah” dalih Kamal. Sarah melihat ke kiri dan ke kanan, tiada selimut pun yang menyelubungi tubuhnya. Sarah mula mencurigai sesuatu.

“Mana ada selimut. Abang sebenarnya nak… nak…?” Belum sempat Sarah berkata-kata, suaranya diputuskan oleh Kamal.

“Sarah, sebenarnya abang sayangkan Sarah. Abang sayang Sarah sangat-sangat.” Kamal cuba memujuk Sarah sambil memegang kedua-dua telapak tanganya. Lalu dikucupnya dahi gadis berusia lima belas tahun itu. Akhirnya, Sarah tidak marah dengan Kamal kerana Sarah percaya bahawa Kamal amat menyayanginya.

“Abang janji akan menjaga Sarah sampai bila-bila dan tidak akan mengulangi perkara itu lagi. Abang janji.” Kamal memberikan seribu janji kepada Sarah. Sarah hanya tersenyum dan dahi Sarah sekali lagi dikucup olehnya.

Itu adalah peristiwa pertama yang berlaku di antara Sarah dan Kamal. Namun peristiwa itu tidak terhenti disitu, Kamal mengulangi perkara yang sama sehingga mahkota kesucian Sarah berjaya diragut oleh lelaki yang dia anggap seperti abangnya sendiri, lelaki yang amat menyayanginya. Hubungan yang tidak sepatutnya diteruskan berlaku berulang kali sehingga menjadi satu kebiasaan kerana Kamal berjaya memujuk Sarah dan berjanji akan menjaga Sarah untuk selamanya. Akhirnya setelah sekian kali berjimak, Sarah akur dengan pujuk rayu Kamal.

Konflik dalam kehidupan Sarah semakin berterusan apabila nenek kesayangannya meninggal dunia. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Saat itu, Kamal hadir dalam hidup Sarah dan memberikan semangat kepadanya. Setelah Sarah menghadapi peperiksaan PMR, perbuatan terkutuk itu dilakukan lagi oleh Kamal. Sarah merasa amat terhina dan berdosa. Pada suatu malam, Kamal datang dan Sarah telah bertanya pada Kamal.
“Abang, Sarah nak cakap sesuatu boleh?” Sarah berdiri di satu sudut ruang tamu meminta bercakap dua muka dengan Kamal. Ketika itu Kamal asyik melihat drama di televisyen.
“Ok” Kamal membangunkan tubuhnya yang dibaringakan di sofa, lalu melangkah menuju ke Sarah. Kamal mengekori Sarah ke ruang beranda di luar rumah.
Setelah tiba di beranda rumah, mereka mula berbincang mengenai satu perkara yang selama ini bermain di minda Sarah.
“Sayangkah abang kepada Sarah?” Tanya Sarah dengan nada yang serius.
“Abang sayang Sarah, kenapa ni?”
“Cintakah abang kepada Sarah?” Sarah terus dengan nada seriusnya.
“Maaf, abang hanya sayang Sarah tidak lebih dari seorang adik.”Jawapan Kamal yang amat mengecewakan Sarah.
Sarah menangis semahu-mahunya. Dia berlari menuju ke bilik. Hanya binatang yang akan melakukan perbuatan begitu. Jika benar Kamal menyayanginya sebagai adik,mengapa Kamal sanggup memperlakukan Sarah seperti itu? Jiwa dan batinnya mula meronta. Tanpa ada sesiapa di sisinya. Sarah mula sedar kesalahannya. Dosanya dengan Allah S.W.T.

*****************************************************************************

Menjelang tahun 2006, Sarah mula menjauhkan diri dengan keluarga Pak Longnya. Sikap Pak Long dan Mak Longnya juga tidak seperti dahulu. Tidak lagi menghiraukan keadaan Sarah. Malah, Sarah sering dimarahi dan dimalukan oleh keluarga Pak Longnya dihadapan orang ramai. Sarah sendiri tidak mengerti, mengapa sikap manusia boleh berubah dalam sekelip mata. Jiwanya kosong, dia kesepian. Dengan ketiadaan nenek disisinya, Kamal yang mula membencinya, dan ibunya yang asyik berkepit dengan suami barunya. Hidupnya seakan-akan punah. Tika itu usianya mencecah 17 tahun, sudah banyak dugaan datang. Dari satu masalah, dan datang satu masalah tanpa henti. Kemanakah jalan yang harus dipililh? Pernah satu ketika, Sarah cuba untuk membunuh diri kerana tertekan dengan hidupnya. Tetapi dia gagahkan diri juga untuk hidup dan masih berpegang kuat dengan nasihat neneknya. Tika inilah Sarah amat merindui neneknya.Tiada lagi air mata untuk menitis dari kelopak matanya. Air matanya kekeirngan dek terlalu bersedih dengan nasibnya.

Penderitaan Sarah tidak berakhir disitu. Diari Sarah yang tertinggal di rumah Mak Longnya disimpan oleh Kamal kerana takut dijumpai oleh ibunya (Mak Long Sarah). Walau bagaimanapun, ketika sedang berkemas di bilik Kamal. Diari yang dimiliki Sarah terjumpa di satu sudut bawah katil Kamal. Segala rahsia dan perlakuan sumbang antara Sarah dan Kamal diketahui oleh Mak Long. Kamal cuba berdrama dan menuduh bahawa Sarah yang mengodanya dan memintanya berjimak. Apabila mendengar mengakuan dari Kamal, Mak Long menghina dan mencaci Sarah dengan perkataan ‘perempuan sial’ dan ‘bajingan’. Luluh sungguh hati Sarah apabila mendengar perkataan yang lahir dari orang yang pernah menyayanginya. Hidupnya lagi punah apabila Kamal, lelaki yang berjanji akan menjaganya untuk selamanya menuduhnya dengan tuduhan yang amat menyakitkan. Sakit hati Sarah. Sesakitnya tusukkan pedang yang dihunus ke dalam perutnya. Nadinya mula memberikan amaran tentang kematian. Hidupnya tidak seperti dahulu, penuh dengan penderitaan dan penghinaan. Terlalu banyak perkara yang dilalui oleh gadis bernama Sarah.


**************************************************************************


Setakat itu sahaja cerita yang diceritakan kepada saya. Maaf jika ada kesilapan yang tidak disengajakan dalam cerita tersebut. Saya tidak mengetahui apakah yang berlaku seterusnya kepada Sarah (bukan nama sebenar) kerana cerita tentangnya hanya diceritakan seperti itu. Saya dan sahabat saya (yang meminta menceritakan kisah Sarah) mengharapkan semoga cerpen ini dapat memberikan pengajaran kepada kita semua, terutamanya kepada kaum wanita. “sayangi seseorang tanpa ada sangsi, rindukan seseorang tanpa ada batasan, tetapi jarakkan pergaulan depan mata, jangan diturut kata hati, kelak diri akan merasa akibatnya”
Marilah kita sama-sama mendokan semoga Sarah dapat menjalani kehidupan yang mendatang dengan tenang dan keadilan. Semoga Allah s.w.t. mengampunkan dosa-dosanya. Amin…

Hasil karya Md Hasrul B. Ja’afar
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Selasa, 10 Februari 2009

Kisah Benar kawan dari friendster.com

HIKMAH...
Ini sebenarnya salah satu cerita tentang seorang sahabat. Kenapa ada waktu-waktu tertentu saya merasa sedih yang amat pedih? saya asyik memikirkan sesuatu perkara yang sudah berlalu. Banyak perkara yang saya lakukan tetapi apabila saya duduk seorang diri, saya sering memikirkan nasib seorang sahabat sehingga membuatkan saya kagum bercampur sedih. Pernahkah kamu fikirkan? Pernakah kamu alami? Selama ini banyak benda saya simpankan di dalam hati. Tetapi kali ini berkaitan dengan seorang sahabat yang saya kenali di laman web Friendster.com. harap anda bacalah dan nilailah sendiri adakah ini persahabatan? Saya tidak tahu bagaimana semuanya bermula, semuanya berlaku dalam masa yang singkat dan pantas, dan saya sendiri keliru dengan kehidupan ini. Hendak mula daripada mana cerita ini? saya pun tidak tahu kerana cerita ini benar. Saya ini jenis yang pelupa. Tetapi saya akan berkongsi cerita juga untuk kebaikan kita bersama. InsyaAllah. Saya abadikan dan adaptasikan kisah sahabat ini dalam cerpen “Hikmah”...

_____________________________________________________________________________

HIKMAH...

Aku mengenalinya memalui internet dunia tanpa sempadan. Perkenalan kami, bermula dengan berkongsi masalah antara satu sama lain dan akhirnya dia menceritakan segala masalahnya dan aku menjadi pendengar setianya. Aku sekadar menjadi tempat untuknya melepaskan segala masalah. Aku tidak kisah, asalkan dia semakin baik dan dapat menghadapi masalahnya. Aku pernah menangis dan bergembira bersama dia. Aku pernah menerima segala kemarahannya. Namun semua itu aku jadikan batu loncatan untuk dia sedar dan dapat menghadapi masalahnya. Permulaan kami di dalam laman friendster.com secara tidak langsung mengubah segala persepsi aku terhadap persahabatan secara maya. Aku menggangap persahabatan cara ini hanya sementara dan tidak kekal lama. Tapi semuanya itu diterangi dengan cahaya setelah mata aku dikaburi oleh segala-galanya. Baru aku sedar, semakin lama kami menjadi semakin akrab dan seolah-olah kami mengenali satu sama lain.

Linda adalah bukan nama sebenar. Awal perkenalan dengannya aku dapat rasakan dia seorang yang periang dan peramah. Wajahnya yang ceria dan comel mulanya membuatkan aku tertarik, namun aku abaikan semua itu kerana aku bukan jenis yang senang untuk menyukai seseorang terutama kenalan dalam internet ini dan kami baru sahaja berkenalan. Perkenalan kami pada mulanya membicarakan tentang perkara-perkara biasa atau omong kosong. Daripada internet kami bertukar-tukar nombor telefon dan mula bermesej-mesej. Sehingga dalam sehari ada hampir seratus mesejnya dalam peti masuk mesej telefon bimbit aku. Akhirnya, dia mula menceritakan masalahnya berkaitan dengan kehidupan dan apa yang dia alaminya sebelum ini. Turut bersimpati aku akan nasib yang dia alami. Sungguh perit, aku tak dapat bayangkan seorang gadis yang cantik dan comel seperti itu melalui pelbagai rintangan dan dugaan yang dia alami dalam usia yang terlalu muda.

Linda bukanlah berasal daripada keluarga yang berada dan senang. Dia merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Kedua ibu bapanya telah lama meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya ketika dia berusia empat belas tahun dan dia terpaksa menjaga adik-beradiknya yang masih kecil ketika itu. Dari situlah dia terpaksa berhenti sekolah untuk menyara kehidupannya dan adik-adiknya. Pernah sekali Jabatan Kebajikan Masyarakat ingin mengambil dia dan adik-adiknya untuk dijaga disebabkan tiada ahli keluarga lain yang sanggup membela mereka termasuk keluarga sebelah ayah dan ibunya.

Linda cuba meyakinkan pihak-pihak tertentu yang dia boleh menjaga adik-adiknya dengan titik peluhnya. Dalam usaha untuk mengelakkan adik-adiknya dibawa oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, dia berusaha untuk mencari pekerjaan yang dapat menampung perbelanjaan mereka sekeluarga. Pernah sekali seorang lelaki mengajak Linda untuk menjadi pelacur, kerana dengan bayaran yang lumayan dia boleh menjaga adik-adiknya. Linda seakan-akan mahu mengikut kata-kata lelaki tersebut tetapi dia teringat akan ibu bapanya dan mahu dia menjadi seorang yang boleh dicontohi oleh adik-adiknya. Akhirnya niatnya dihalang oleh dirinya sendiri, dan dia berusaha mencari pekerjaan lain. Merata tempat dia mencari pekerjaan. Bayangkan seorang gadis kecil berumur empat belas tahun mencari pekerjaan dan masih adakah majikan yang mahu mengambil pekerja seperti itu?

Sewaktu Linda berusaha untuk mencari pekerjaan di pekan, dia terlibat dengan satu kemalangan jalan raya dan menyebabkan kepalanya terhantuk disisi kanan jalan. Dia dikejarkan ke hospital dan ditahan selama dua hari. Dalam keadaan sedar, Linda memanggil nama-nama adiknya. Meraung dia hendak pulang ke rumah kerana takut adiknya lapar dan menunggunya balik. Tanpa berfikir panjang Encik Razif iaitu seorang pengurus di salah satu sebuah syarikat swasta terkemuka di Ibu Kota dan dialah yang telah melanggar Linda. Encik Razif mengambil alamat Linda daripada kad pengenalan Linda dan bergegas menuju ke alamat tersebut. Sebelum pergi ke rumah Linda, Encik Razif berjanji akan membawa adik-adiknya berjumpa dengan Linda dan dia juga berjanji untuk menjaga adik-adiknya. Sememanganya Encik Razif seorang lelaki yang alim dan warak dan masih bujang. Dia merupakan anak kepada Dato’ Kamal iaitu Pengarah Urusan Syarikat di tempat Encik Razif bekerja. Encik Razif bergegas mencari alamat yang dicatatnya sebentar tadi.

**********************************************************************************

“Assalamualaikum” Encik Razif memberi salam setibanya dia dihadapan rumah Linda.
“Assalamualaikum” Encik Razif mengulangi salamnya setelah tiada balasan yang diterima.
Tiba-tiba terdengar suara berhampiran dengan rumah Linda.
”Waalaikumusalam” suara Mak Cik Embun, jiran sebelah rumah Linda memberi salam.
Encik Razif berpaling ke arah Mak Cik Embun dan bertanyakan tujuanya. “Mak cik, betul ke ini rumah Norhaslinda Anatasya Bt. Norhasnawi”
“Ini memang rumahnya, tapi siapa encik ini?” Mak Cik Embun membalas pertanyaan Encik Razif dan meminta penjelasannya.
“Linda, sebenaryan terlibat dalam satu kemalangan...”
“Ya Allah” tidak sempat Encik Razif mengakhiri percakapannya, Mak Cik Embun bergegas ke dalam rumah.
“Adam, Amira!!! Kak Linda kemalangan”. Suara jeritan Mak Cik Embun kuat kedengaran seolah-olah memberitahu sesuatu kepada orang lain. Dua tubuh kecil bergegas berlari keluar.
“Betul ke makcik, akak kemalangan” sambil nafas tercunggap-cunggap Amira bertanyakan mak cik yang telah mereka anggap sebagai ibunya sendiri.
Mak Cik Embun berpaling ke arah Encik Razif setelah solan itu diajukan. Dengan berdiam diri Encik Razif hanya menganggukan kepalanya sahaja.

“Ya, akak awak kemalangan. Tapi dia selamat dan tidak mengalami kecederaan yang serius. Kalau boleh saya hendak membawa mak cik dan adik-adik ke hospital untuk melawat Linda” penerangan panjang oleh Encik Razif. Tanpa berfikir panjang, Mak Cik Embun serta Adam dan Amira bergegas masuk ke dalam rumah dan menjalin pakaian. Sambil masuk ke dalam, Mak Cik Embun berdoa kepada Allah supaya Linda selamat. Setelah mereka selesai mengenakan pakaian, Encik Razif membawa Mak Cik Embun, Adam dan Amira ke hospital.

Resah, gelisah semuanya bermain dalam fikiran mereka. Apa yang difikirkan harap-harap tidak menjadi kenyataan. Penerangan Encik Razik sekali lagi meyakinkan Mak Cik Embun bahawa Linda tidak mengalami kecederaan yang serius. Bukannya apa, Linda dan adik-adiknya telah kehilangan orang tua mereka, jika sesuatu terjadi kepada Linda siapa yang akan menyara hidup adik-adiknya.

“Hendak mengharapkan aku, aku ini sudah tua. Hanya mampu menjual nasi lemak dan kuih di depan rumah. dapatkah aku tampung mereka dengan semua itu?” banyak perkara yang bermain difikirkan dan di dalam hati Mak Cik Embun semasa mereka bergegas ke hospital.

*********************************************************************************

Sebulan selepas kemalangan itu, Linda akhirnya sembuh sepenuhnya. Dan ketika pulang ke rumah, Linda di hantar oleh Encik Razif dan kerana dialah Linda mendapat pekerjaan di syarikatnya. Segala perbelanjaan sewaktu Linda berada di hospital telah di tanggung oleh Encik Razif. Oleh itu, kebaikan yang telah Encik Razif lakukan, akhirnya Linda bersetuju bekerja di syarikatnya dengan tujuan untuk membalas jasa. Waktu itu, usia Linda masuk lima belas tahun da encik razif pula dua puluh tahun.

Semasa mula bekerja di syarikat Encik Razif, usia Linda merisaukan pihak syarikat kerana pada waktu itu usianya baru mencecah lima belas tahun. Oleh itu, pihak syarikat mengambil keputusan untuk menghantar Linda untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang pengurusan dan perniagaan. Segala perbelanjaan pelajaran Linda dan persekolahan adik-adiknya akan ditanggung oleh Dato’ Kamal.

Namun semua itu adah perkara lama, sekarang usia Linda telah mencecah 19 tahun dan telah menamatkan pelajaran di Univesiti Industri Selangor (UNISEL). sekarang linda telah bertunang dengan Encik Razif dan akan melangsungkan perkahwinanya pada tahun hadapan. Hubungan cinta berputik pada mulanya atas rasa simpati dan ingin membalas jasa. Namun semua itu adalah kehendak Tuhan Yang Esa. Sekarang Linda bekerja di syarikat bakal bapa mertuanya iaitu Dato’ Kamal sebagai pengurus urusan luar. Amira dan adam akan menduduki peperikasaan pada tahun ini. Amira akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Adam pula akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR). Segala usaha dan kesabaran mereka semuanya akhirnya menyebelahi mereka. Inilah dikatakan hikmah sebuah kejadian.

Segala liku cabaraan yang dilalui oleh Linda dan adik-adiknya telah disinari cahaya yang diterangi oleh kehadiran Encik Razif. Kehidupan Linda semakin sempurna semasa memperolehi gaji pertamanya. Sangkaan panas hingga ke petang, tapi hujan di tengah panas terik, Linda tidak sempat membalas jasa Mak Cik Embun yang selama ini mengambil berat terhadap Linda dan adik-adiknya selepas kematian orang tuanya. Allah kehendak lain dan mereka terima semuanya dengan redha. Niat di hati Linda ingin menghadiahkan sepasang baju untuk Mak Cik Embun dan niat itu tidak kesampaian kerana Mak Cik Embun menghembuskan nafasnya yang terakhir disebabkan oleh kegagalan organ hatinya untuk berfungsi.

Tetapi mereka percaya semua yang berlaku ada hikmahnya dan mereka sekarang telah mencapai hikmah dari Tuhan Yang Esa. Berkat kesabaran dan tanggungjawab kehidupan mereka sekeluarga. Kini, Linda bahagia disamping adik-adik serta tunang yang dicintainya.

SEKIAN...

Cerita ini adalah luahan seorang sahabat ingin dirinya dikenali sebagai Linda dan tujuan Linda menyuruh saya menceritakan cerita ini adalah untuk pengajaran dan pedoman untuk kita semua. Saya mengadaptasikan cerita Linda ini dalam sebuah cerpen “Hikmah” diharap dengan adanya kisah ini dapatlah sekiranya kita sama-sama memanfaatkannya. Salam ikhas dari Linda (Bukan nama sebenar)

Hak Cipta Terpelihara: Md. Hasrul Ja’Afar
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Intan Suraya

Intan Suraya

Air itu putih,
Seputih wajahmu,
Air itu jernih.
Sejernih hatimu.

Kau bernama intan,
Yang membuatkan hati ini berdetak,
Setiap yang memandangmu,
Pasti akan tertawan.

Intan Suraya,
Wajah berseri itu adalah milikmu,
Suara yang syahdu itu adalah nalurimu,
Dengan sekali pandangan mata yang memukau,
Kau telah bertakhta dalam hati.

Kehadiran yang aku impikan
Akan berpanjangan hanya menyinggah sementara
Tiada lagi pandangan wajah dan suaramu
Tiada lagi tawa dan sendamu,
Semuanya berakhir dengan pantas
Dan tanpa aku rasakan
Dan nikmati erti cinta sebenar.

Aku akur dan terima,
Hanya kepada tuhan aku berserah,
Tenanglah kau di sana dengan senyuman,
Ukirlah namaku dalam setiap ruang hatimu,
Lenalah aku dalam setiap mimpimu,
Kerna kau akan tahu betapa aku sangat
Mencintai dirimu dengan lafaz yang tak terungkap.

Damailah dengan ketenagan yang kau harapkan,
Akan aku kukuhkan dan kuatkan diri ini,
Walau kau tiada dalam hari,
Tiada dalam setiap saat dan waktu,
Tapi hati ini tetap akan menjadi milikmu.
Terima kasih Intan Suraya.

by asrul @ abg aloha
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Bicara kepada Matahari

Bicara kepada Matahari

Aku ingin berbicara kepada matahari,
Bicara seribu bahasa,
Yang tidak terungkap,
Yang tidak terlindung.

Cahayamu memberikan sejuta makna,
Tanpa ada sangsi dan keraguan,
Kau berikan dengan rasa megah,
Terbit dari nilai yang murni

Kau matahari, bukannya bulan,
Yang bias menerima dan kaku,
Kau matahari, bukanya bintang,
Yang kilauannya dipinjamkan.

Bangiklah wahai matahari,
Tolonglah bersinar kembali,
Ukirkan senyuman pada setiap yang memandang,
Aku mohon dengan tulus hati.

Jangan kau jadikan siang itu pergi,
Jika berlalu, kau akan hilang daripada pandangan,
Tidak terada rindu yang aku rasakan,
Tetaplah selalu ada pada siang hari,
Sinarkan hidupku yang resah dan gundah,
Ceriakan alam ini dengan cahayamu,
Berikanlah harapan kepada yang menanti.

Cahayamu sungguh bermakna,
Sungguh aku bersyukur dan nikmati,
Jangan berhenti menyinari hidup ini,
Kami dan alam ini memerlukan kehadiranmu
Untuk selamanya.

by asrul @ abg aloha
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Isnin, 9 Februari 2009

Intan Suraya 14

Kepala aku masih lagi memikirkan tentang Adibah. Perangainya sedikit aneh sejak semalam lagi. Dia bukan jenis yang macam ini, walaupun aku kurang mengerti sikap perempuan yang cepat berubah angin. Tetapi aku telah berkawan denganya hamper 5 tahun dan sebelum ini dia tidak berkelakuan seperti ini. Aku hanya membaringkan badan aku di atas sofa empuk, sebaik sahaja tiba di rumah. Menungan aku diperhatikan oleh Nenek yang sedang sibuk mengemas rumah. Padangan nenek tidak aku dapat tangkap kerana aku asyik berangan tinggi di awak. Pelbagai persoalan yang bermain difikiran aku.

Assalamualaikum” tiba-tiba terdengar suara dimuka pintu.

Waalaikumusalam” jawab nenek dan aku serentak.

oo..Aimin rupanya, nenek ingat siapa tadi.” Nenek menegur aimin yang baru sahaja pulang dari kuliahnya di salah sebuah universiti yang berhampiran. Aimin melangkah masuk setelah kasut ditanggalkan. Lalu bersalaman dengan nenek. Aku hanya memadang dari jauh dan masih lagi berfikir.

Man, lepas ni kau ada kelas lagi tak?” Tanya Aimin.

Dah habis, kenapa?” aku membalas

Bagus, kau temankan aku pergi Jusco Tebrau boleh?” pinta aimin.

Ok. Lagipun aku tak ada apa nak dibuat

Kamu berdua ni tak nak temankan nenek dirumah ke? Nenek sorang-sorang je kat rumah ni” sampuk nenek.

Min dan Man pergi sekejap je nenek. Ada benda nak min beli. Atau nenek nak ikut sekali pergi Jusco ke?” jelas Aimin.

Betul tu nenek. Alang-alang dah sampai Jusco kita tengok wayang sekali. Dah lama kita bertiga tidak keluar bersama-sama.” Balas aku.

Tengok wayang. Dah lama nenek tak tengok wayang. Tapi malulah. Nenek dah tua untuk tengok wayang. Nanti orang ingat, nenek ni apa pula.” Jelas nenek

Apa yang orang akan fakir nenek. Nenek ni ada-ada je. Nenek nak ikut atau duduk sorang-sorang dirumah” Aimin membalas dengan sedikit senyuman terukir dibibirnya. Nenek seolah-olah ragu dan kerut didahinya jelas telah mneunjukan.

Dah tak payah, fikir-fikir. Man dan Min dan mandi dan siap-siap. Lepas tu kita pergi” tegas Aimin.

Baiklah nenek ikut sekali. Tapi selepas kamu berdua mandi, kamu bersiap dan turun bawah. Kita makan dulu sebelum pergi. Nenek masak makanan kegemaran kamu berdua. Untuk Aiman, nenek masakan ayam masak kurma dan untuk Aimin pulan nenek masak ikan keli masak asam pedas

Betul ke nek? Wah bestnya. Terima kasih nenek. Min sayang nenek sangat” Aimin dengan gaya manjanya mencium pipi nenek.

Nenek pun sayang sangat kat Aimin dan Aiman. Nenek Cuma ada kamu berdua saja. Cucu nenek yang paling berharga” nenek sedikit sebak. Namun aku dan Aimin cuba mengelakkan daripada nenek bersedih dan kami berpelukan dan terukir senyuma.

Dah-dah pergi mandi. Masing-masing bau belacan” tawa nenek

Yes boss". Jawab aku dan Aimin tersenyum sambil menaiki tangga.

Kelihatan nenek tersenyum riang sambil mengesat air matanya yang keluar.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Ahad, 8 Februari 2009

KENAPA AKU INGIN MENJADI MATAHARI?

KENAPA AKU INGIN MENJADI MATAHARI?
Seorang wanita bertanya kepada seorang pemuda tentang cinta dan harapan.

Wanita : saya ingin menjadi bunga terindah didunia
Pemuda : saya pula akan menjadi matahari.
Wanita tidak mengerti mengapa pemuda berkata ingin menjadi matahari, bukan kupu-kupu atau kumbang yang terus menemani bunga.

Wanita : saya ingin menjadi rembulan
Pemuda : saya tetap ingin tetap menjadi matahari.
Wanita semakin binggung kerana matahari dan bulan tidak bertemu, pemuda tetap ingin menjadi matahari.

Wanita : saya ingin menjadi burung yang mampu terbang ke langit jauh di atas matahari.
Pemuda : saya akan tetap ingin menjadi matahari.

Wanita itu tersenyum pahit dan sedikit kecewa. Wanita sudah tiga kali menduga namun pemuda tetap keras kepala, ingin tetap menjadi matahari tanpa mahu berubah bersama wanita. Maka wanita itu pergi dan tidak pernah kembali tanpa mengetahui alasan kenapa matahari juga menjadi pilihannya. Sang pemuda merenung sendiri dan menatap matahari.

Saat wanita menjadi bunga, pemuda ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup. Matahari akan terus memberikan sinarannya untuk ia berkembang, tumbuh dan terus hidup sebagai bunga yang cantik. Walaupun matahari tahu ia dapat memandang dari jauh dan pada akhirnya kupu-kupu yang akan menari bersama bunga. Ini disebut kasih iaitu memberi tanpa syarat, tanpa mengharapkan imbuhan.CINTA TAK BERSYARAT By ELEMENT

Saat wanita menjadi bulan, pemuda tetap menjadi matahari agar bulan dapat terus hidup bersinar indah dan dikagumi. Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari, tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan, siapakah yang ingat pada matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya menikmati cahaya bulan, dilupakan jasanya dan kehilangan kemulian sebagai pemberi cahaya, agar bulan medapatkan kemuliaan tersebut. Ini dinamakan pengorbanan menyakitkan namun sangat layak untuk dicintai. TAK BISA MEMILIKI by SAMSON

Dan saat wanita jadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit bahkan di atas matahari, pemuda tetap selalu menjadi matahari agar burung bebas untuk pergi pada bila-bila masa pun ia mahu dan matahari tidak mencegahnya. Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh, namun matahari akan selalu simpan cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk burung. Matahari selalu ada untuk burung walau burung tidak selalu ada untuk matahari. Tidak akan ada makhluk lain selain burung yang berupaya masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya. Ini disebut sebagai kesetiaan, walaupun di tinggalkan dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar memaafkan.
COBALAH UNTUK SETIA BY KRIS DAYANTI.

PEMUDA TIDAK MENYESAL MENJADI MATAHARI UNTUK WANITA. PEMUDA AKAN SETIA DENGAN CINTANYA KEPADA WANITA. ITULAH CINTA
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Sabtu, 7 Februari 2009

Coretan Hati

Jangan dijadikan semua itu sebagai alasan untuk kita tahu siapa diri kita. kelak diri ini akan tahu sendiri siapa kita dan di mana kita berada? cuma hanya satu yang ingin ditanyakan, apa yang telah kita lakukan pada masa lalu? apakah kita ini sudah cukup sempurna untuk semua itu.

Dalam dewasa yang sering bergolak mengejar impian, darah anak muda yang kuat dan penuh nafsu. aku sendiri mancari keindahan dan kedamaian dunia. aku nak kongsi dengan semua orang tapi tak kesampaian, cuma aku coretkan sedikit sahaja.

Sebagai manusia biasa yang serba kekurangan dan sempurna, aku tetap bersyukur dengan apa yang ada dan aku miliki. tetapi aku tidak mnegerti dengan kehendak dunia yang mahu lebih dari itu. jika kita berada di atas, sudah tentu kita akan lupa semuanya. termasuk diri aku sendiri. walau seseorang itu sempurna diluaran, belum tentu dia akan sempurna di dalam. jadi, kepada yang rasa dirinya lawa dan baik, kacak dan sempurna, ingatlah ada lagi yang sempurna. iaitu dia yang diAtas. jangan menjadi sombong dan bongkak, inilah sikap manusia muda dan terutamanya bangsa melayu.

Kita kena tahu siapa diri kita, dan jangan sesekali mencari kekurang orang lain. sebaliknya kita perlu tahu kekurangan kita jika kita hendak perbaikinya. semua manusia tidak sempurna, dan maafkanlah kepada mereka yang salah dan khilaf.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Jumaat, 6 Februari 2009

Kisah Cinta dan Sahabatnya, Kawan

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa?? Kerana CINTA itu buta.. Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa?? Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?? Kerana ... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....Walau kita punya couple, teman still paling setia. Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga!!!
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Rabu, 4 Februari 2009

Teknologi Dalam Pendidikan

Teknologi Dalam Pendidikan

Ledakan teknologi pengkomputeran dan multimedia dalam dunia pendidikan sememangnya tidak dapat dinafikan dan telah menjadi sebahagian daripada faktor yang menyumbang ke arah kemajuan dan peningkatan prestasi dalam kalangan guru dan pelajar. Penggunaan teknologi pengkomputeran dalam bidang pendidikan dapat dibahagiakan kepada tiga bahagian iaitu sebagai alat pentadbiran, alat penyelidikan dan media pengajaran-pembelajaran (V. Pang. Y.K Yap Dan Y.M. Tam,1992).

Aspek teknologi dan penggunaan teknologi banyak menumpukan kepada peranan teknologi sebagai media pengajaran-pembelajaran. Aspek ini juga banyak memberi ruang kepada pelajar untuk belajar secara kendiri dan menyelesaikan masalah secara kolaboratif dan efektif. Pelajar dapat mengaplikasikan penggunaan teknologi komputer seperti power point, internet, online, website, dan sebagainya dalam membantu keberkesanan pembelajaran. Dengan adanya kemudahan ini, pelajar tidak lagi menumpukan pembelajaran kepada buku teks dan bahan yang diberikan oleh guru, sebaliknya pelajar boleh mencari bahan pembelajaran yang pelbagai dan dapat mengusai pengajaran guru secara maksima. Dengan adanya pengukuhan hasil daripada bahan yang diperolehi, pengetahuan pelajar dapat diperkukuhkan dan diperluaskan.

Kepentingan aspek lain dalam penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran adalah menyediakan maklumat tanpa batasan melalui rangkaian Internet dan onlinedatabase, memperluaskan waktu dan ruang pembelajaran melalui aktiviti dan bahan yang sedia ada dalam internet, menyediakan sistem pembelajaran kendiri, menilai kepekaan dalam perbezaan cara pembelajaran dan menyediakan satu tingkat kemajuan dalam proses pembelajaran secara berterusan (Massy and Zemsky,1995).

Penggunaan teknologi seperti online dan internet serta website dapat memberikan pelajar satu penilaian terhadap pencapaiannya sendiri seperti website yang berkaitan dengan pendidikan contohnya http://www.tutor.com.my dan penggunaan cakera padat (CD) bagi sesetengah mata pelajaran contohnya sains, kimia, matematik dan biologi. Website dan Cakera padat ini dapat memberikan pelajar input yang lebih dan memberikan ruang waktu pelajar belajar. Ini bermakna, waktu pembelajaran pelajar dengan menggunakan teknologi tidak terhad di dalam kelas sahaja, tetapi diluar waktu proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui website pendidikan dan CD tersebut, pelajar boleh melakukan ujian ringkas bagi sesuatu topik dan keputusan hasil ujian tersebut dapat diperolehi dengan cepat. Secara tidak langsung, pelajar dapat menilai tahap pemahamannya. Jika pemahaman terhadap topik tersebut tidak memuaskan, pelajar boleh melakukan aktiviti pemulihan dan jika memuaskan, pelajar boleh melakukan aktiviti pengayaan. Jelas disini menunjukkan, penggunaan teknologi dapat memberikan ruang pembelajaran pelajar dengan meluas dan dapat dilakukan tanpa bimbingan guru tetapi dibimbing oleh sistem Komputer dan arahan daripada internet.

Dapat disimpulkan bahawa sistem pendidikan yang terbaik dapat diwujudkan dengan sokongan teknologi yang digunakan secara berkesan dan bermanfaat. Walaubagaimanapun, penggunaan teknologi amat mempengaruhi bagaimana cara pelajar melihat dan mengetahui makna apa itu belajar dan peranan daripada teknologi tersebut.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Intan Suraya 13

INTAN SURAYA 13

Aku mendail nombor telefon Adibah aku. Akhirnya panggilan aku di angkat.

salam, Dib kau ada dikampung ke?

Ya. Kenapa?” jawab Adibah

Kenapa balik kampung tak bagi tahu aku. Kau ada masalah ke?” aku mendapatkan kepastian daripada Adibah.

Aku ada masalah. Lusa aku balik. Sekarang aku tengah dapatkan responden untuk tugasan kita. Ok lah, kita berbual nanti. Salam.” Adibah terus mematikan talian.

Dib, tunggu. Hello, hello!!!” belum sempat aku bertanya kabar keluarganya. Aku dapat rasakah Adibah mula mengasingkan dirinya daripada aku dan Khairul. Apa sebenarnya yang berlaku. Tiba-tiba Khairul menerpa aku daripada belakang.

Nah air kau, neslo ais kurang manis, lebih milo kurangkan nesface.” Suara khairul menerpa aku tidak aku hiraukan. Sebaliknya aku asyik memikirkan Adibah. Apa yang berlaku sebenarnya?

Wei, kenapa kau ni. Aku sergah kau macam tak ada perasaan saja. Kau ada masalah ke?” Khairul berasa pelik sebaik sahaja melihat raut wajah aku yang penuh dengan tanda Tanya.

Dib” jawab aku

Kenapa dengan Dib? Kau dah telefon Dib ke? Dia cakap apa?” bertubi-tubi soalan khairul. Aku tetap dia dan terus termenung.

wei, aku Tanya ni?” sergah khairul sekali lagi membuatkan menunggan aku terhenti.

cakap perlahan-lahan boleh? Aku bukanya pekak!!” aku berkerut dahi.

aku pula yang disalahkan. Bukanya tadi aku dah cakap dengan kesopanan dan kesantunan bahasa ke? Kau yang tak dengan. Termenung memanjang. Kenapa?” suara sinis khairul seolah-olah marah kepada aku.

sorry, aku tengah fakir. Tadi aku telefon Dib. Tapi dia seolah-olah mahu menggelakkan diri daripada kita. Apa masalah yang dia hadapi sebenarnya? Aku pelik la” aku bercakap panjang.

ooo..pasal itu. Aku ingatkan apa tadi” khairul menghulurkan air neslo yang dibungkus sambil menghidup bungkusan air milo ais dengan menggunakan straw.

dia ada masalahla. Orang perempuan kalau ada masalah jangan dikacau. Kalau kacau juga, yang parahnya kita. Makin besar masalahnya. Buat masa sekarang kita jangan ganggu dia. Kita siapkan tugasan sudah.” Kata-kata khairul ada betulnya. Biarlah Adibah menyelesaikan masalahnya. Jam ditangan baru sahaja menunjukkan pukul 3.30 petang. Aku dan khairul memulakan langkah menuju ke perpustakaan sambil meminum bungkusan air yang dibeli oleh Khairul.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Intan Suraya 12

INTAN SURAYA 12

Dari jauh telah aku terlihat kelibat khairul. Menunggu kedatangan aku, dengan muka yang berkerut dan bibirnya dicebikan. Mesti khairul marahka aku kerana aku tidak datang malam tadi.

Khai, lama dah tunggu” aku menerpa khairul.

Lama lah juga. Aku tunggu kau dari semalam” jawab khairul sinis. Aku tahu khairul masih marah.

Sorry khai, aku betul-betul lupa malam tadi

Setahu aku, aku tu jarang lupa dan semua benda kau ingat dengan teliti. Mesti ada sesuatu ni” khairul seolah-oleh tahu aku berjumpa dengan Intan malam tadi.

Sebenarnya, aku keluar makan dengan Intan malam tadi” aku menjawab dengan malu-malu.

Aku dah agak. Sebab tu aku pun kau lupa” sinis khairul menyindir aku henti-henti. Padagan matanya yang tajam seolah-olah marahnya membuak-buak.

Yalah. Aku ni siapa? Kau dah ada intan sampai aku pun kau dah lupa. Sekurang-kurangnya kau ceritalah kat aku.” Sambung Khairul yang masih mencebikkan bibirnya.

Aku minta maaf, aku tahu salah aku. Baiklah lain kali aku akan bagi tahu kau dan adibah. Cakap pasal adibah, mana dia?” aku menoleh ke kanan dan ke kiri, namun kelibat gadis cantik bertudung itu tidak terlihat.

Aku dah sehari tak berjumpa dengan Adibah, tapi tadi pagi dia ada sms aku. Dia balik Kedah. Katanya ada masalah keluarga. Sambil-sambil tu dia nak ambil sampel dan responden berkaitan dengan tugasan Pn. Bertha di sana” khairul cakap sambil berdiri dan memulakan langkah ke bilik kuliah. Aku turut mengekori gerak khairul.

Dib pelik sekarang ini. Tingkah lakunya seolah-olah mahu merahsiakan sesuatu” aku mula mengerutkan dahi.

Bukan Dib saja, kau pun dah berubah. Kau orang sengaja merahsiakan sesuatu daripada aku.” Khairul mula menyambung sindirannya.

Aku serius la. Mungkin Dib ada masalah. Aku tak sedap hati lah. Dia tak macam ni. Mungkin keluarga dia ada masalah.” Aku mula berfikir panjang.

Tak payah risau lah. Dia pergi kedah pun jumpa keluarga dia. Nanti dan balik sinilah. Lepas kelas ini kau telefon dia. Tanya pasal tugasan. hAbis cerita

Kali ni kau punya idea boleh guna. Cepatlah pergi kelas, lewat nanti kena marah pula.” Aku tersenyum sambil mempercepatkan langkah.


oleh abg aloha
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Isnin, 2 Februari 2009

Intan Suraya 11

INTAN SURAYA 11

Aku telah jaga dari tidur seawal pukul 5.30 pagi. Sengaja aku baringkan badan aku beberapa minit seketika sebelum aku bangkit dan mandi. Aku teringat ketika aku dan Intan keluar makan malam bersama-sama. Betapa indahnya malam itu, walaupun aku tidak mengharapkan sesuatu yang lebih dari itu. Cukuplah hanya berbual-bual dan kenal dirinya dengan lebih dekat lagi. Tersenyum lebar aku dibuatnya. Indah, sungguh indah waktu itu.

Man, kamu sudah bangun ke belum?” tiba-tiba suara nenek kedengaran diluar pintu bilik.

Sudah nek, kejap lagi man mandi” balas aku.

Sudah kebiasaannya aku bangun lewat dan nenek akan mengejutkan aku. Tetapi lain pula pada hari itu, aku bangun awal dan sukar untuk aku lelapkan mata. Aku tidak mahu hari-hari yang indah berlalu begitu saja. Tapi waktu terus berlalu.

Dahlah man, bangun. Apa yang kau fikirkan. Kalau dia jodoh kau, tak akan kemana.” Aku mengeluh panjang sendirian.

Dengan perlahan aku bangkit, menyelak cadar yang menyelubungi tubuh aku kerana kesejukan oleh penyaman udara. Selangkah demi selangkah aku berjalan menuju sudut kiri katil untuk mengambil tuala biru muda aku. Lantas, aku menuju ke muka pintu. Tombol pintu aku pulas, terlihat kelibat nenek sedang membuat sarapan di dapur. Kebetulan pintu bilik aku bertentangan dengan ruang dapur. Nenek telah membela aku dan adik aku setelah kedua orang tua aku meninggal dunia dalam satu kemalangan 7 tahun yang lalu. Begitulah rutin seharian nenek, bangun seawal 5.30 pagi. Menyiapkan sarapan dan mengejutkan aku dan Aimin.

Aimin dua tahun muda dari aku. Selain Adibah dan Khairul, Aimin tempat aku luahkan kesedihan ketika menghadapi kekecewaan sedikit masa dahulu. Aimin dan nenek adalah insan yang aku sayangi.

Tiba-tiba lamunan aku terhenti.

Man, semalam aku lupa nak bagi tahu kau. Khairul telefon. Kau dah janji dengan dia ke?. Dia cuba telefon kau tak dapat” Suara Aimin menerpa telinga aku dari belakang. Sedikit terkejut aku dibuatnya.

Ya Allah. Aku terlupa. Malam semalam aku ada janji dengan dia nak jumpa kat kedai mamak depan kolej. SubahanaAllah.” Aku mengeluh panjang.

Khai ada cakap apa-apa lagi tak?”

Tak ada” jawab aimin ringkas.

Aku terus menuju ke bilik air untuk mandi. Aku terlupa aku sudah janji dengan Khairul untuk jumpa di kedai mamak. Macam mana aku boleh lupa sedangkan aku bukan seorang yang pelupa. Betul kata orang, kalau dan mabuk bercinta semua benda boleh berubah. Manusia pun boleh hilang kewarasan. Aku mesti minta maaf pada Khairul. Aku mesti jelaskan hal yang sebenarnya esok kepada Khairul. Harap dia akan mengerti.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky