- HOME - IKUTI BLOG INI - FACEBOOK

Assalamualaikum...

Kehidupan ini bagaikan satu putaran yang sentiasa bergerak, umpama matahari dan bulan. adakalahnya kita merasakan panas dan adakalanya kita merasakan dinginnya malam. Bahangan mentari itu mampu membuatkan kita teguh berdiri dengan kaki yang kian lenguh. Dingin malam pula akan memberikan kita kesegaran malam dalam menghadapi dugaan disiang hari. Banyak dugaan dalam kehidupan, oleh itu setiap dugaan yang kita lalui memerlukan setiap ketelitian dan langkahan yang berhati-hati. Biar kita melangkah meninggalkan keseronokan dunia demi untuk kebaikan alam abadi.Insya-Allah.
Md Asrul

Create your badge

Sabtu, 31 Januari 2009

Intan Suraya 10

Intan Suraya 10

Tersenyum riang aku keluar dari rumah. Aku mengambil kunci motosikal yang tersadai disebelah pintu rumah. Motosikal itu telah aku mandikan sejak petang tadi. Tapi tak mungkin Intan mahu menunggang motosikal bersama aku. Aku berfikir panjang. Tak terfikir pula aku. Aku terus berfikir dan berfikir.

Alamak, dah terlewat. Aku fikirkan nanti sajalah. Apa-apa pun sekarang, aku sampai di tempat yang dijanjikan.” Desiran hatiku yang panjang. Laju aku menunggang motosikal. Tidak seperti biasanya. Dari Mount Austin, aku terus menunggang ke Taman Daya, Taman Istimewa, dan melalui jalan besar menuju ke jalan Bandar. Tempat yang dijanjikan terletak di Kampung Melayu Majidee. Berdekatan dengan rumah mak ciknya.

Hampir 15 minit aku menunggang motosikal. Akhirnya sampai juga. Jantung aku mula berdetak kencang. Apakah perasaan itu? Persoalan yang menimbulkan kerisauan. Jelas terlihat pada wajah aku. Adakah ini perasaan bila orang jatuh cinta. Bodohnya aku, baru sekarang aku dapat rasakan perasaan itu.

Jauh di sudut restoran terlihat satu kelibat wanita bertundung warna hitam. Pandangan dari belakang, tidak berapa jelas. Adakah itu Intan atau orang lain. Adakah aku terlewat untuk sampai di restoran. Makan malam kali pertama dengan dia, aku dah lewat. Apa yang dia fikirkan aku tidak tahu.

Assalamualaikum maaf saya terlewat.” Aku dengan nada yang tersekat terpaksa aku sembunyikan kelam kabut itu sendirian. Tanpa menoleh wajahnya, Aku mengambil tempat duduk dihadapan intan.

Waalaikumusalam, saya baru juga datang” Intan bersuara.

Ya Allah, SubahannAllah, betapa indahnya ciptaanmu ya Allah. Seorang muslimah yang cukup sifatnya. Sungguh besar dan indahnya ciptaanmu ya Allah” desiran sendirian aku di dalam hati. Aku terpaku sejenak. Aku tidak layak untuk insan sesempurna ini.

Man, kau tak boleh jatuh cinta dengan dia. Kau tak layak untuknya. Dan dia bukan untuk kau” aku terus bertanya kepada diri sendiri. Memang betul, aku tidak bolehjatuh cinta dengan gadis sepertinya. Namun, aku kagum dengan ciptaan Allah S.W.T. sangat indah dan cantik. Memang kena dengan namanya, Intan suraya. Seorang gadis yang sempurna dari lahiriah dan perwatakanya juga sempurna.

Assalamualaikum” Intan memberi salam sebaik sahaja melihat aku duduk terpaku. Pipi aku merah menyala. Tidak tentu arah dan resah gelisah aku dibuatnya.

Apa awak menungkan tu. Saya di sini pun awak tak lihat.” Sambung Intan.

Hai Intan, rugi siapa yang tidak melihat kau. Aku terpaku sebab melihat kau, Intan” hati kecil aku turut berkata-kata.

Awak dengar tak apa saya katakan” sambung intan lagi. Aku terus terdiam dan binggung. Wajah aku mula kemerahan.

Itulah malam pertama kami keluar makan bersama, makan semeja, berbual-bual berdua dan hanya ada kami berdua. Sungguh indah dan tak akan pernah aku lupakan. Aku keluar makan dengan seorang bidadari yang turun dari syurga. SubahannaAllah, cantiknya ciptaan kau.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Jangan pernah berubah

Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas untuk bertahan

Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Malah kini kau ucapkan selamat tinggal
Membuat keresahan

Meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Mimpi Mak Aku Meninggal...

Salam semuanya...

baru-baru ini pada tanggal 30 hbln..aku bermimpi sesuatu yang aku tak duga. aku jarang bermimpi.. dalam sebulan sekali pon susah nak mimpi. tapi mimpi aku kali ini pelik dan betol2 menakotkan aku. aku terbangon dan menangis... entahlah hanya tuhan yang tahu betapa gelisahnya perasaan aku ketika itu.

ko rang nak tahu, aku bermimpi mak aku meninggal dunia...aku betol2 takot sangat masa tu. entah apa yang aku fikirkan sampai aku mimpi mcm tu....bila aku sedar terus xleh tdo dan menangis...pastu lama2 tertido balik..aku bangon semula pukul 8 lebih.. aku bangon dan cuba sedarkan diri aku. aku harap2 aku mimpi..ternyata apa yang berlaku semuanya adalah mimpi...alhamdulilah...

aku terus telefon mak aku..kononya nak tanya kabar..hahahha..dia xde pe2..ok lah..pastu aku tnya kawan2 n kawan2 ckp kalau kita mimpikan seseorang meninggal dunia, org itu akan panjang umur..iNsyaAllah..aku harap mcm itu.. lega sikit hati aku stelah tahu maksud itu...aku pon tepon mak aku, ckp perkara yang sebenarnya.. mula2 mak aku terkejot gak..tapi dia cuba tenangkan aku...ya allah aku mcm nak nangis masa tu... aku berdoa agar mak,pak, and keluarga selamat semuanya dan dipanjangkan umur..amin..
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Intan Suraya 9

Dalam keheningan angin malam, membuatkan keringat ketika aku bersukan petang tadi cepat sahaja mengering. Hangat bertukar menjadi dingin. Segar semula badan aku, seolah-olah mendapat tenaga kembali setelah beberapa minit berehat. Aku bangkit dari kerusi malas yang semamangnya tersedia dihadapan rumah aku. Kerusi malas itu, kepunyaan arwah nenek aku dan telah menjadi kepunyaanku. Hanya melepaskan tekanan, kebosanan dan kepenatan. Kerusi itu sentiasa menjadi peneman.

“Alamak, aku terlupa. Malam nanti aku ada janji dengan intan” desiran aku sendirian. Terujanya aku ketika intan setuju untuk keluar dengan aku. Pada mulanya, aku tidak yakin dia akan menerima pelawaan aku untuk keluar makan malam. Tapi, akhirnya usaha aku tidak sia-sia.

“ya, saya setuju keluar dengan awak. Tapi dengan satu syarat. Saya mesti balik sebelum pukul 10.30 malam.” Aku teringat kembali dialog Intan sewaktu menerima pelawaan aku. Aku lelaki yang paling bertuah didunia ini. Gembirannya aku ketika itu. Hanya tuhan yang tahun.

Jarum Jam di dinding menunjukkan pukul 6.30 malam. Aku kena bersiap awal. Takut terlewat. Pakaian belum gosok lagi, mana nak solat, mandi, berus kasut yang sudah lapok dek terkena habuk. Tidak mungkin aku memakai kasut kuliah atau kasut yang biasa aku pakai. Aku harus kelihatan berbeza dari biasa. Betapa semangatnya aku ketika bersiap-siap. Semua benda diberikan perhatian dengan teliti.

Tanpa melengahkan masa, aku mencapai tuala biru muda yang baru dibasuh, sambil melangkah menuju ke tandas. Kebiasaanya aku mandi paling lama 10 minit. Tetapi tidak untuk kali ini. Waktu mandi aku pada hari itu, memakan masa hampir 25 minit. Bayangkan, betapa lamanya. Sampai membiru tapak tangan dan kaki aku.

Hampir 25 minit aku membasahkan diri, aku mencapai tuala biru dan mengelap seluruh badan aku sehingga kering. Dan terus melangkah keluar dari bilik air. Dari situ pula, aku mula berdandan. Kalah perempuan ketika bersolek. Bertapa terujannya aku ketika itu. Hanya tuhan yang tahu apa perasaan aku ketika itu. Tiada ungkapan yang paling indah yang keluar dari santun kata manusia. Satu kalimat yang bias membunuh manusia. Hebatnya perasaan aku ketika itu. Kuat ditarik gelombang tsunami cinta pertama. Tapi itu bukan cinta, aku tidak boleh mengharapkan sesuatu yang susah untuk aku gapai. Aku menafikan perasaan aku buat sekian kalinya.

“ya, saya setuju keluar dengan awak. Tapi dengan satu syarat. Saya mesti balik sebelum pukul 10.30 malam.” Suara itu sekali lagi terngiang-ngian dari telinga aku. Aku tersenyum sambil memandang wajah aku dibalik cermin.

“Intan, kalau saja kau tahu perasaan aku…” aku mula berbicara sendirian. Belum sempat aku habis berbicara. Aku terpandang jam didinding.

“alamak, dah pukul 7.45 malam. Aku dah lewat.” Terus berkerut dahi aku.

Aku terus mengenekan pakaian dan minyak wangi. Tergesa-gesa aku menuju ke tempat yang dijanjikan.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Isnin, 19 Januari 2009

ST12 – SAAT TERAKHIR

ST12 – SAAT TERAKHIR

Tak pernah terpikir olehku
Tak sedikitpun ku bayangkan
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri

Begitu sulit kubayangkan
Begitu sakit ku rasakan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri

Di bawah batu nisan kini
Kau tlah sandarkan
Kasih sayang kamu begitu dalam
sungguh ku tak sanggup
Ini terjadi krna ku sangat cinta

Inilah saat terakhirku melihat kamu
Jatuh air mataku menangis pilu
Hanya mampu ucapkan
Selamat jalan kasih

Satu jam saja kutelah bisa
cintai kamu kamu kamu di hatiku
Namun bagiku melupaknmu
buth waktuku seumur hidup

Satu jam saja kutelah bisa
sayangi kamu di hatiku
Namun bagiku melupaknmu
butuh waktuku seumur hidup


http://www.lyrics.co.id/view-132331-st12_saat_terakhir.html
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Ahad, 18 Januari 2009

Intan Suraya 8

aku duduk di satu sudut yang paling hujung dengan membawa beberapa buah buku. dihadapan aku, khairul sedang membelek buku sambil tangan kirinya membetulkan kaca mata berbingkai hitamnya itu. Adibah pula sedang asyik membaca beberapa artikel sambil mendengar lagu daripada ipod. aku pula asyik memerhatikan gelagat mereka sambil mencari ruangan insaniah dalam majalah unversiti. mencari info tentang tempat kajian yang akan dilakukan.

"man, cuba kau pandang belakang. tengok siapa yang datang" khairul dengan wajah sedikit tersenyum memberikan aku beberapa isyarat mimik mukanya. namun aku tidak mengerti.

aku menoleh dan terlihat Intan Suraya menuju ke arah meja tempat kami duduk. aku senyum dan dia membalas senyuman itu. langkahnya terhenti betul-betul dihadapan aku. di tarik kerusi kemudian dia duduk. aku, Adibah dan Khairul sedikit terperanjat.

"assalamualaikum semua" intan bersuara.

"waalaikumusalam" aku, Adibah dan Khairul menjawab dengan serentak.

"maaf kalau saya mengganggu. sebenarnya saya ingin mengucapkan terima kasih kerana awk telah menemankan saya tempoh hari" matanya memandang tepat ke arah aku. wajahnya sedikit sebanyak membuatkan aku menundukkan kepala.

"itu soal kecil saja. asalkan awak selamat itu dah menjadi kewajiban saya. insyaAllah kalau ada apa-apa yang boleh saya tolong, saya akan tolong jika kena dengan tempatnya." aku membalas walaupun aku gagahkan diri.

"baiklah, awak memang lelaki yang baik. terima kasih banyak. saya perlu pergi sekarang. saya ada kelas selepas ini. ada masa kita berbual lagi. insyaAllah. assalamualaikum"

intan segera pergi. Adibah hanya dia membisu. mungkin masih dalam keadaan terkejut.
lalu dia mula bersuara.

"itukah intan suraya yang kau maksudkan?"

"dialah intan suraya yang membuatkan kawan kita ini tidak keruan" khairul menyindir aku.

"mana ada. kau ni khai saja nak buat aku malu" aku menafikan.

"lawa juga. tapi dia tak sesuai untuk kau." Adibah cuba menidakkan perasaanya dengan kehadiran insan baru dalam hidup aku. aku telah lama mengetahui, Adibah ada hati dengan aku. tetapi aku hanya menganggapnya sebagai seorang kawan dan adik, tidak lebih dari itu.

dalam keadaan seperti ini banyak sangat mainan perasaan. aku tidak mengerti dengan mainan hati ini. sedikit sebanyak menggangu aku dengan kehidupan aku. aku banyak berfikir antara sahabat dengan percintaan. namun,aku belum lagi meluahkan perasaan aku kepadanya dan intan tidak menyatakan cintanya kepada aku. semuanya masih menjadi tanda tanya.

hati kecil aku berkata, intan adalah insan yang aku cari selama ini dan aku akan berusaha untuk mendapatkanyan. itu adalah impian aku. namun, walaupun aku di tolak, sekurang-kurangnya aku bisa melihat wajahnya dan bersamanya. cukup hanya sekadar kawan. itu sudah memadai bagi aku.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Intan Suraya 7

Ketika hadir semula dalam hidup aku, aku pula menafikan kehadirannya. Ketulusan itu telah terhapus sedikit masa dahulu. Kita tidak akan mungkin bersama untuk selamanya. Aku cuba melupakan cerita dahulu yang tak pernah dihargai. Adanya aku hanyalah sekadar mainan cinta. Itulah citera cerita yang telah tiada kembali.

Dalam penafian, aku cuba membisukan diri, aku bertanya pada diri aku. Adakah aku sedang di lamun cinta.? Berkali aku menafikannya. Tolong ya tuhan berikan aku sedikit kekuatan. Aku tak sangup untuk kecewa untuk sekian kali. Berikan aku kehidupan yang sebenar tanpa ada kesedihan. Aku bukan dilahirkan untuk bersedih. Ada kalanya aku menolak ketentuan. Namun aku salah, ketentuan yang ditentukan untuk aku sebaliknya adalah untuk kebaikan.

“hoi” Khairul menerpa aku daripada belakang.

“kau ni kenapa? Asyik termenung saja. Kalau ada masalah aku boleh tolong.” Sambungnya.

“ada. Aku ada masalah. Kau kalau dating bagi salam boleh tak? Kalau aku ada sakit jantung, dah kojol agaknya aku” aku menyindir khairul.

“ok. Aku minta maaf. Aku tahu kau fikirkan apa. Jeng..jeng..”

“dah lah, aku malas nak bahaskan perkara ini. Tak penting. Tolong jangan ungkitkan perkara ini.

“hello encik aiman bin aminuddin, sekarang siapa yang ungkit? Kau ke aku? Kau kalau nak tipu aku, aku tak kisah. Tapi boleh kau tipu perasaan kau?” khairul menegaskan perkataanya. Aku mula kebinggungan mencari patah kata untuk menafikannya. Belum sempat aku membalas, dia sambung kembali kata-katanya.

“aku faham perasaan kau, yang dah lalu biarlah berlalu. Farah dah pergi buat selamanya dalam kehidupan kau. Dia pun tak hiraukan kau lagi. Tolong kau bagi peluang untuk diri kau untuk mencintai dan dicintai. Aku sebagai sahabat kau, aku tak akan biarkan kau sedih untuk selamanya. Kita diciptakan saling memiliki dan memerlukan.”

Aku terdiam, kepala aku tundukkan. Langkah kaki aku terhenti. Aku duduk di kerusi batu dan sandarkan badan aku.

“egokah aku? Khai, aku takut untuk bercinta lagi. Aku takut jika cinta yang aku harapkan tidak kesampaian. Aku sudah serik” aku meminta kepastian daripada khairul.

“man, ini bukan ego. Tapi tidak percaya diri. Sejarah yang sama tak akan berulang untuk sekian kali jika bijak mengaturnya. Kau perlu berikan peluang untuk diri kau. Kau perlu berani dan ambil risiko. Kalau kau benar-benar cintakan intan, kau perlu kuat menerima jawapan seadanya, Cuma kau perlu tahu keadaan dan perasaan dia terhadap kau” khairul memberikan keyakinan yang mendalam kepada diri aku.

“tapi khai, aku tak mahu terburu. Aku akan cuba mendekatinya. Aku mahu mengambil hatinya. Aku mahu dia mengenaliku dan memahamiku. Aku perlu tahu dia masih single atau telah berpunya”

“baguslah kalau kau fakir macam tu. Inilah Aiman yang aku kenal. Kalau soal di solo atau tidak, itu kau jangan takut. Aku dah dapatakan maklumat daripada sumber yang boleh dipercayaai. Dia masih lagi solo. Hahhaha..” khairul memberikan aku harapan dan semangat.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya. Aku tidak boleh putus asa. Sejarah lama biarlah berlalu. Yang penting hidup perlu diteruskan. Aku perlu lakukan. Buktikan masih ada cinta yang sejati. Tapi aku perlu pastikan sama ada aku cintakan dia, simpati atau tidak. Mungkinkah ini dinamakan cinta pandangan pertama.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Intan Suraya 6

jam di tangan menunjukkan pukul 7.30 malam. aku belum lagi pulang ke rumah. Khairul dan Adibah sudah pulang awal. sebaik sahaja habis perbincangan di perpustakaan, aku terus pergi ke kedai membeli barang dan meminta mereka pulang dahulu. keadaan macam selalu, perkhidmatan bas di kawasan sini memang tidak memuaskan. dalam satu jam belum tentu boleh dapatkan bas. sudah berkali aduan di buat. namun, hasilnya tetap sama.

di perhentian yang gelap kerana berjauhan dengan lampu jalan aku duduk sendirian. dengan membimbit plastik beg yang berisi buku yang baru aku beli. beg ke kuliah seperti biasa, aku galaskan di belakang badan. aku malas untuk membimbit buku sebab itu aku membeli beg galas.

dalam dingin malam, tika aku duduk sendirian di perhentian bas. aku terlihat satu kelibat berjubah biru muda. hanya aku melihat wajahnya sahaja. dia berjalan menuju ke perhentian bas. semakin dekat kelibat itu mendekati perhentian bas, aku semakin tahu siapa dia.

"Intan suraya" aku tekejut. pada masa yang sama aku merasa hairan. buat apa dia maghrib seperti ini. jalan seorangan tidak takutkah dia?.

sebaik sahaja intan suraya tiba di perhentian bas, dia mengkakukan diri dariku sejarak 3 meter. mungkin dia takut untuk mendekati aku. aku faham, jika seorang perempuan berbuat demikian. aku hanya diam dan turut membekukan diri. wajah cantik itu, memandang kiri dan kanan. entah apa yang dipandangnya.akhirnya, dia cuba memberanikan diri untuk melihat wajahku.

"awak" suara dia mula kedengaran.

"saya. kenapa?" aku merasakan kehairanan.

"maafkan saya. saya tak perasaan awak tadi. awak ingat saya lagi? saya yang tadi petang bertanyakan pejabat bendahari" Intan cuba mengingatkan dirinya kepada aku. sedangkan aku dari awal sudah tahu.

"oh, ya saya." aku cuba sedikit berlakon.

"kenapa malam-malam seperti ini keluar sendirian. tidak takutkah?" aku menyambung.

"sebenarnya saya baru selesaikan urusan pendaftaran. saya tunggu lama sehingga waktu pejabat tutup. kemudian, saya mencari musolah, tetapi sesat. setelah solat, saya bergegas pulang. tetapi kelibat bas tidak kelihatan. itu yang saya jalan kaki." cerita panjang Intan.

kesihan dia, jelas kelihatan wajah keletihan.

"awak duduk kolej kediaman mana?"

"saya duduk koleh 10" jawab intan.

"awak pula" sambungnya lagi.

"saya kolej 12" aku membalas.

tiba-tiba kedengaran suara enjin kenderaan dari jauh. semakin lama semakin kuat kedengaran. akhirnya, bas yang ditunggu sampai.

"alhamdulilah intan. bas sudah sampai"

"syukran" balas intan.

bas yang bergerak itu, berhenti di hadapan perhentian bas dan aku mempersilakan intan naik dan aku mengekorinya dari belakang. penumpang dalam bas itu tidak ramai, aku dan intan masing-masing mengambil tempat duduk yang berasingan. namun ada ketika aku memandangnya dari jauh. dia turut memandang dan tersenyum ke arah aku.aku tidak mengharapkan apa-apa. cuma sebagai kawan sahaja. tak lebih dari itu. cukuplah aku telah disakitkan oleh insan yang bernama perempuan. memang aku akui, aku mulai suka dengan intan, tapi aku harus menafikan perasaan itu. aku tidak layak untuk insan sebaik dia. cukup hanya sekadar kawan. itu sudah cukup bagi aku.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Intan Suraya 5

wajahnya membuatkan aku tidak lena tidur malam. matanya yang bersinar bak kilauan kaca, masih aku rasakan betapa tajamnya pandangan itu. walau menatap untuk seketika, aku melihat dengan penuh ruang tanpa ada sedikit yang tertinggal.

intan suraya, satu nama yang cantik sama seperti tuannya. seorang gadis yang berbudi pekerti dan sopan santun.

"eh. kenapa aku mengingatkan tentang intan suraya. aku berbual dengannya tidak pernah malah aku memujinya tinggi melangit. aku takut, hanya indah rupa dari kabar" aku berbisik sendirian. aku meyakinkan diri aku, bahawa intan suraya tidak sesempurna itu. tidak ada gadis yang sempurna itu. aku tidak boleh memandang luaran sahaja, malah dalaman paling penting.

"ooii.. apa yang dimenungkan tu. aku dengan Adibah sibuk-sibuk belek buku, yang kau mengelamun panjang pasal apa." Khairul menyentap aku dari lamunan. buku yang aku pegang tercampak beberapa inci. aku sedikit terkejut. melihat keadaan aku, Adibah merasa hairan. wajahnya mula berkerut dan penuh dengan tanda tanya.

"ni mesti kau teringatkan Intan suraya kan?"sambung Khairul

"Intan suraya?" Suara Adibah penuh kehairanan. dia berhenti seketika sebelum bersuara kembali.

"siapa intan suraya?"

"entah. budak baru agaknya. tapi terserempak depan pintu perpustakaan. dia tanya pejabat bendahari." Khairul menerangkan kepada Adibah.

aku hanya memerhatikan gelagat Khairul berceloteh panjang kepada Adibah. perasaan aku kian rungsing dan bercelaru. aku menafikan semuanya tanpa ada rasa penyesalan.

"hai, kenapa tiba-tiba intan suraya jadi isu dalam tugasan kita ni?" aku hendak mengalihkan tajuk perbualan dari terus berpanjangan.

"dia tadi mulakan dulu" Khairul berseloroh.

"aku tahu. ni mesti kau ada hati dengan budak tu. kalau tak, masakan kau mengelamun panjang." Adibah mula meragui sesuatu dan mula mendapatkan kepastian.

"aku tak berbual langsung dengan dia. Khairul ada berbual. sudahlah, tak guna kita bahaskan pasal ini. perpustakaan tutup pukul 6. tak sempat pula kita nak cari bahan dan asingkan" aku sekali lagi mula mengalihkan tajuk perbualan.

"baiklah." Khairul faham akan maksud aku. Adibah hanya diam membisu sambil membelek helaian buku dengan keras. hampir terkoyak helaian buku itu. mungkin Adibah tidak puas hati dengan jawapan yang aku berikan. tapi itulah Adibah seorang yang tegas.

hapir 2 jam lebih kami berada di dalam perpustakaan. cerita tentang intan, tidak lagi kedengaran. susah tajuk tugasan yang diberikan oleh Pn. Bartha. seorang pensyarak india yang cantik. dengan rambut panjang ikal mayang, wajah putih. wajahnya seakan-akan kajol. kadang-kadang aku dan rakan-rakan memanggilnya kajol. untuk mengambil hati. makin dia suka.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Intan Suraya 4

"maaf, saya pelajar baru. saya nak tumpang tanya. di mana pejabat bendahari. saya nak bayar yuran kemasukan."

aku sedikit terkejut ketika seorang wanita bertanya kepada aku. aku lihat gayanya seorang yang baik. dengan mempunyai sepasang mata yang cantik dan senyuman yang menawan, pasti wanita itu disukai ramai. memang tidak di nafikan lagi, aku perhatikan lelaki disekeling melihat dan menumpukan mata ke arahnya. wajahnya yang suci membuatkan aku turut memandang wajah itu. aku mengelamun seketika.

"maafkan kawan saya cik..." khairul menyampuk dalam perbualan kami.

"intan suraya"

"ok, cik intan. maafkan kawan saya. kawan saya memang macam ni. pejabat bendahari di bangunan sebelah. cik naik tingkat 2 dan disitu ada 2 pejabat berasingan. pejabat itu di sebelah kanan berhampir dengan papan kenyataan." khairul menjelaskan dengan panjang lebar.

aku hanya mampu diam membisu dan kaku. aku seolah-olah disihir. kenapa aku mudah digoda dengan kecantikan. itulah hakikatnya. aku terbangun dari lamunan. kelibat wanita itu tidak lagi kelihatan.

"mana pergi perempuan itu?" aku bertanya kepada khairul.

"dia dah pergi bangunan sebelah. kenapa?" balas khairul.

"tak ada apa-apa"

"kenapa kau tadi dia saja bila melihat perempuan tu? ni mesti ada apa-apa. bagitahu la." khairul merasakan ada sesuatu yang aku sembunyikan. namun aku menafikannya.

"aku pening kepala tadi sebab itu aku diam. jom lah kita jumpa Adibah. kesian dia tunggu kita lama." aku cuba mengelak daripada ditanya berterusan oleh khairul. tak terdaya aku untuk menjawab soalan yang boleh membunuh dan menjerat aku.

tidak mungkin aku akan jatuh cinta pandangan pertama hanya kerana paras rupa. tidak mungkin. aku cuba menafikannya. bagi aku rupa bukan ukuran tetapi hati. tapi kali ini, setelah aku melihat wajahnya, aku merasakan tenang dan ada cahaya diwajahnya. entah ilmu apa yang digunakannya sehingga membuatkan ramai lelaki tergoda kepadanya.

tak baik juga aku buruk sangka terhadap dia. kelihatan dia seperti baik. semakin aku memikirkan tentangnya aku semakin binggung dan pening. lebih baik aku tidak memikirkan benda yang tidak penting. aku terus melangkah menuju ke tingkat tiga perpustakaan. di situ Adibah menunggu aku dan khairul. kesia dia menunggu kami terlalu lama.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Intan Suraya 3

Hari ini hari rabu. aku ada janji dengan teman hendak pergi ke perpustakaan sama-sama. sudah tiga jam aku menunggu, bayangnya tidak juga muncul. mentari sudah berada tegak diatas kepala aku. keringat dingin membuatkan aku rasa nyaman sehingga basah baju kemeja putih aku. topi nike berwarna coklat sedikit sebanyak menyelamatkan aku daripada bahangan mentari.

sudah seminggu cuaca tidak menentu. petang panas terik, bila malam hujan turun hingga ke pagi. saat-saat seperti inilah menyebabkan ramai orang sakit, demam selesema dan batuk-batuk. aku tidak terkecuali, hampir dua hari aku batuk-batuk. sehingga mengganggu pembelajaran di dalam kelas.

setelah tiga jam menunggu, akhirnya khairul terlihat juga kelibatnya. dengan berseluar hitam dan berkemeja berwarna kuning. warna kesukaanya, sama seperi warna buku yang di bimbitnya itu. dari jauh sudah mengukir senyuman.

"kenapa senyum-senyum ni, kau tahu yang kau dah lewat?"

"maaf, aku bukan sengaja. aku ada masalah tadi" balas khairul

"lain kali, kalau ada masalah telefon dulu. ni tidak. ingat khai, manusia pegang pada janji, lembu pegang pada talinya" dah mula aku berceramah. khairul mengerutkan dahinya sambil bibirnya dikapitkan.

"ya aku tahu. tadi aku tak sempat nak telefon kau. sumpah, aku betul-betul ada hal" balas kahirul.

"baiklah, aku maafkan kau. tapi jangan bersumpah, kelak dimakan sumpah pula." tegas aku.

"baik boss. ku, mana dib? kata nak pergi library sama-sama. ni mesti dia lewat. batang hidung tak nampak." khairul menukar topik perbualan sebaik sahaja tidak melihat kelibat Adibah.

"dia tak macam kau, pelewat. dia dah datang awal. cuma dia tak nak tunggu kau. dia tunggu kita di library. dah dah jangan banyak cekadak. jom kita jumpa dia di library. sudah hampir 3 jam dia tunggu kau."

aku menggerakkan langkah sambil diekori khairul daripada belakang. mulutnya cuba mengatakan sesuatu. tetapi aku tidak mendengar kerana keadaan pada masa itu terlalu bising dan aku hanya menumpukan perjalanan aku ke perpustakaan.

aku, Adibah dan Khairul pergi ke perpustakaan ingin mencari maklumat tentang tugasaan yang diberikan oleh Pn. Bathrat. aku, Adibah dan Khairul ditempatkan dalam satu kumpulan. kami bertiga memang serasi bekerja dalam satu kumpulan. masing-masing sudah tahu perangai. mudah untuk berkerjasama.

aku dan Khairul terus menuju ke perustakaan. langkah dihayun dengan jelas dan pantas sambil diekori oleh khairul.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Intan Suraya 2

ditemani desiran ombak, aku mencari satu impian yang pasti aku genggami dan menjadi matlamat aku. tidak mungkin aku bersedih untuk selamanya. walau hati ini terluka. namun aku harus hidup untuk tunggu cinta daripadanya. tidak mungkin cinta ini akan berkubur. aku telah menyatakan hanya dia yang aku cintai dan itu tidak akan pernah terkubur walau untuk seribu tahun.

jiwa ini mulai sedar akan kealpaan aku terhadap permasalahan yang aku fikirkan. tidak guna aku memikirkannya lagi. langkah kakiku terhenti dan menarik nafas panjang. aku berpatah balik ke arah Adibah yang aku tinggalkan tadi. dengan senyuman Adibah menunggu aku. mungkin dia telah tahu apa maksud aku berpatah balik.

"terima masih dib. aku telah temui apa itu kehidupan. aku tak nak hancurkan hidup ini dengan mengharapkan impian yang palsu. aku malu jika terus begini" aku mula sedar. mata aku tajam memerhatikan mata Adibah. dia seakan-akan faham dengan menunjukkan reaksi yang positif. tangannya aku genggam sambil mengucapkan syukur dan terima kasih kepadanya.

aku menyabung "aku telah sedar sekarang. mungkin tuhan mahu menemukan aku dengan nur-Nya. jiwa aku telah tenang setelah aku mendapatkan kedamaian itu"

"baguslah kalau macam itu. itu tandanya masih ada yang sayang. DIA masih sayangkan kita ini walau kita selalu lupakan-Nya. Adibah memberikan kata-kata yang masuk akal. itulah Adibah yang aku kenal. seorang wanita yang pandai berkata-kata.

"terima kasih tuan puteri yang cantik rupawan" aku menyeloroh sambil tersenyum. cantik juga Adibah ini bila turut tersenyum. matanya bersinar-sinar tampak jelas keayuan wajahnya. untung siapa yang mendapat cinta dari Adibah. orangnya cantik, baik, berbudi bahasa dan pandai masak.

"ada pula. esok kau nak buat apa?"

"ermmm.." aku memikir panjang

"ermmm..apa?, tak kan tak ada idea?" Adibah mengejek aku dengan pandangan sinisnya.

"esok aku duduk rumah je. malas nak keluar" aku membalas

"baiklah. kau rehat esok dan jangan banyak fikir." Adibah memberikan arahan kepada aku.

"yes boss. berita faham" aku tertawa kecil walaupun jauh di sudut hati aku masih merasakan pedih dan sakitnya dilukai. aku harus kuatkan diri dan gagah menerima kenyataan. mungkin ini jalan takdir aku yang harus aku terima.

aku dan Adibah melangkah pulang setelah jam di tangan menunjukkan hampir pukul 11.30 malam. waktu sudah lewat. kalau lewat, esok mesti ada yang demam. keadaan cuaca malam itu memang dingin. malam itu menjadi titik permulaan aku setelah aku dikecewakan.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Sabtu, 17 Januari 2009

Ibuku guru vokal

salam mesra semuanya..hahahha

ini aku nak ceritakan sebuah cerita sewaktu aku mula berjinak2 bernyanyi dan berkaraoke..huuhu..aku sebenarnya saje suka2 nak nyanyi.. tetapi pada satu hari aku masuk pertandingan menyanyi kat sekolah, masa tu aku f2 kot..lupa la...huhuhu.. aku masok suka2 lah masa tu...lepas nyanyi kawan2 ckp suara aku leh tahan..aku xckp ek..kawan2 ckp...ahaks...layann..

aku seorang yang pemalu taw mulanya..hahahha..tak caya ke..layaannn...aku pon tak caya..tapi tu mmg kenyataanya kot..ahhaha...melawak je...dulu nak berdiri kat depan orang pon aku segan taw...menggiggil lutut..hampeh je taw...

lepas aku masok pertandingan tu....aku dapat no 3...siap bawa balik trofi lagi..ahaks..aku saja2 suka masok..mak aku tgk aku bawa balik trofi..huuh.dia apa lagi..suka la...coz mak aku ni ratu karaoke dan ratu nyanyi kat tempat aku..kalau ada org kawen, mesti ramai yang soh dia nyanyi..kalau ada pertandingan nyanyi tmpt aku..dia akan masok...dah tak penah tak menang...huuuhu..my mom the best...

bila tahu aku boleh nyanyi..bila nk masok pertandigan mesti mak aku yang excited..huhuh..mula lah dia soh aku belajar vokal dan dia sendiri yang pilih...uhuhuhu...mcm2 lagu la...aku pon layaannn... dia soh aku jgn mkn pedas, minom air masak dll... biasa lah tu... lepas tu, aku masok lah pertandingan..alhamdulilah..aku berjaya akhirnya..dapat johan..sampai f5..

tapi aku xseaktif mak aku...uhuh..yang aku tension masa masok pertandingan nyanyi masa f6..leh plak aku lupa lirik...hampeh..akhirnya kalah..uuwaaaa....uhuhuh..tapi tu sonok coz pengalaman..ahaks...

sekarang aku xaktif lagi..aku just nyanyi kat dlm bilik smbil wat asgmnt....smapai roomate aku dgr..dia pon mcm xkesah jew..hahhaha...wan sowii ekk..ahahahha...aku mmg suka nyanyi la...

apa2 pon..my mom is the best..i love my mom so so much... more than my soul...
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Intan Suraya 1

Aku pun berhak mendapatkan kebahagian seperti orang lain. lihat orang lain bergembira, bersuka, dan berpasangan membuatkan aku iri dengan semuanya. namun semua itu aku pendamkan dalam hati yang paling dalam. aku tidak terdaya melihat semua itu. semakin aku fikirkan semakin itu aku lemah untuk melangkah menuju ke situ. ke jalan yang satu menuju bahagia. masih adakah bahagia yang aku idamkan. wajah mu sering membuatkan aku sayu dan tidak berdaya. aku tertanya keseorangan.

dalam diam, aku merayu pada hati, pada bintang dan bulan. air laut yang deras menghempas sisir menjadi saksi aku di situ. tangan yang lemah diangkat tanpa ada daya yang ada. suara aku terketar-ketar untuk berkata. namun apakan daya, semuanya telah berlaku. pintu hati ini telah tertutup meski pun telah aku bukakan untuk dirimu.

aku harus relakan semuanya walaupun aku tidak mahu. dengan sejuta harapan dan impian yang dibina. terpaksa dirobohkan meskipun banyak yang telah dikorbankan. tidak dinilai dengan jutaan ringgit dan dollar. aku melihat jauh dihadapan dalam malam, mata aku jelaskan penglihatan. pulau-pulau yang berdiri megah memberikan syarat kepada aku, aku harus gagah seperti pulau. walau angin kencang melanda harus aku sekuat itu.

aku berjalan keseorangan dengan harapan, suara tangisan kesediahan aku kedengaran. tetapi semua itu sia-sia. sepatutnya aku tidak memberikan harapan kepada dia. tangan aku masih memegang kuat telefon bimbit, menunggu panggilan daripadanya. aku masih mengharapkan harapan itu. aku cuba untuk menjadi yang terbaik. namun cinta aku tak bisa menerima tadir untuk diri aku.

aku mencari sinar itu di hadapan pulau dengan sekuat angin malam. langkahku terhenti seketika tika nama aku dipanggil.

"Aiman, kenapa kau jauh termenung" Adibah menerpa telinga dan mengalihkan pandangan aku. dia sudah terpacak dihadapan aku dengan berkaki ayam. wajahnya sedikit sayu. mungkin dia sedih melihat keadaan aku.

"saja. melihat keindahan tuhan yang penuh dengan ketenangan" aku mengangkat kepala sebaik sahaja mula menutur kata. kelihatan wajah kesedihan aku dapat ditangkap oleh Adibah.

"Kau kenapa? sedih semacam. kalau ada apa-apa bagi tahu aku. kitakan kawan" Adibah mula melangkahkan kaki mendekat ke arah aku. aku tidak dapat menyembunyikan wajah kesedihan ini walau aku tahu, niat aku untuk menafikannya.

"Aku terdiam dan berpaling muka. aku meneruskan perjalanan meninggalkan adibah sendirian. Adibah tidak pula mengejarku dari belakang. mungkin di faham keadaan aku dan sudah tahu perangai aku. aku dengan dia telah berkawan hampir 18 tahun. dia kawan yang paling aku sayang dan rapat. tapi dalam situasi seperti ini biarlah aku menyendiri.

hati ini cukup terguris dengan kata-kata yang tidak disangkakan akan keluar dari mulut insan yang aku sayangi. perit untuk aku terima dan aku telan. ibarat sirih yang terpaksa aku telan walaupun aku tidak mahu menelan. hati siapa yang tidak akan sakit jika ada insan yang berada dalam posisi aku sekarang ini.

aku banyak bersabar dan terus melangah dalam gelap malam. ditemani desiran ombak dan bayu angin yang dingin.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Luahan Hati

pintu ini sudah tertutup rapat untuk bercinta,
tika hati mula merasa kesepian,
kau datang beri harapan,
aku mula terukir senyuman,
hati aku kian bergetar kembali.

kau dapat melihat dengan jelas,
indah dan riangnya aku tika itu,
berbicara soal cinta,
ingin hidup seadanya,
tatkala dahulu aku merasakan hidup ini mati,
kau bangkitkan aku dengan harapan.

kini, semua cerita indah menjadi ngeri,
aku menghitung hari dan waktu,
di saat kita berjauhan,
kau bilang telah ada yang punya,
rupanya cinta kau ucapkan hanyalah mainan kata,
tidak akan aku maafkan kau walau sekecil zarah,
kau bahagia di sana,
namun tidakkah aku tahu aku tersiksa,
gembiralah kau di sana,
kelak kau akan rasa apa yang aku rasa.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Rabu, 14 Januari 2009

AsRuL & AiRuL : Hamper berganda..ko ingt aku gurau ke?

hye...aku dengan adeq kembar aku penah masuk larian amal kedet polis sekolah...masa tu tak silap aku f2.. korang taw lah larian amal..jauh plak tu..aku xleh lari jauh2 nie..ahaks...

lari punya lari..memang penat..menang pon tak..uuwaaa..hampeh jew..ahaks...tapi xpe yg ptg best ..lepas tamat larian, ada orang bagi satu kat..tu kat tok cabutan bertuah..t ada cabotan bertuah..huhuhu..lepas dh samapi semuanya..kene dgr ceramah dll..biasalah ptrotokol...ahaks...panas gile..hahaha..mcm nak pengsan..

lepas jew bis ucapan..sebelum hadiah disampaikan kepada pemenang, ada cabbutan bertuah...aku, adeq n kawan2 tgh kad cabatuan bertuah..aku mmg lupa no cabutan bertuah..adek aku kat sebelah aku..kami pegang kad sebelah2...huuhu...lawak tol masa tu...

sekali dia bangon dan kuar p pentas... aku pelik..aku ingt dia gurau jew...ingt dia akan patah balik..rupa2 nya no cabutan bertuah dia naik..hahhaha...dapat hamper besar...selang beberapa nama lepas tu.. aku terus bangun..adeq ingt aku gurau lak..dgn muka dia yg pelik..hahhaha..aku terus la menuju ke pentas tok amek hadiah..dia xpecaya aku dapat gak..aku pon xpcy gak..hahahha.. masa aku nk amik hamper besar tu.. org yg nak bagi hamper tu ckp, awk kan tadi dh amek..aku ckp lah yg td tu kembar aku..aku tunjukkan adeq aku yg tgh duduk..dia nampak dan ketawa..hahahha...dah rezeki masa tu..ahaks..sonok giler..xmenang larian..tapi menang hamper pon best pe..hahaha
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

AsRuL & AiRuL : Sukan

salam semua...

apa kbr? lama xtulis blog sini..maklumlah banyak keje yang perlu dibuat..hahhaha...kali ni aku nak cerita kan tentang kehidupan pasanagan kembar yang biasanya pasangan kembar lain hadapi.. ala korang pon tahukan..huuhu...

yang pertama, pakaian sama.. masa kecik mak pak aku biasanya belikan baju yang sama..serupa...kadang2 sama warna dan corak..kadang2 sama corak dan lain warna..uhuhu...lawak la..memang serupa masih kecik...cute kan..lalalal..perasan lah plak..ahaks...

yang kedua, minat sukan yang sama dan ada yang lain..hahahha... aku dan dia suka main badminton.. pak aku terro main badminton taw..hahaha..masih kecik, pak aku latih aku, adek dan akak aku main badminton...huhuh..tiap2 ptg kene main badminton..best lah..kadang2 kalau kalah tak puas hati, kami main badminton samapai malam..ahahha..memamg best kalau nk diingatkan..sekarang pak aku dh xmain badminton lagi coz xlarat kot...huhuh..kadang2 dia cuma jadi pengadil jew..aku, adeq n akak lak..pon dah xaktif main badminton coz pas kami pindah bandar, kami kurang latihan dan dh xde stamina dah...huhuhu

bab lari lak...ermmm..dalam keluarga aku, aku kuat lari dari adeq aku...tapi aku kuat lari jarak dekat dan adeq aku plak lari jarak jauh boleh la...huhuhu.. aku setakat 100 m dan 200 m n 4x100m boleh la...dia jarak jauh ok la..ahaks.. aku penah berlumba 100 m dgn dia bnyk kali...tapi dia kalah..hahahah...masa sekolah dulu, aku dgn dia jadi atlet sekolah..tapi xlama....coz aku diserang penyakit semput..dah aku xaktif acara balapan..hampeh..

lepas tu kami beralih dari sukan bandminton, larian kepada bowling dan ll.. ini xlah aktif sngt tapi masih sekolah menengah aku dengan adeq n the geng, minat sukan bowling...masa f4 nak dikatakan seminggu 2 3 kali kami main bowling...aku selalu fight dgn dia..dlm perlawanan la..huhuhu..tapi yg selalu menang adek aku la..ahaks..penah satu perlawanan kami fight gila2..hahaha..aku jatuhkan 234 jatuhan pin..dia lah 256 jatuhan pin..aku xakan lupa fight yg sengit tu..uhuhu..sonok gile..tapi aku terpaksa belanja dia makan coz dia menang..uwaaaa...adeq aku penah menang pemain terbaik bagi festival perlawanan bowling kebangsaan KFC...hahahhaha
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Khamis, 8 Januari 2009

Tugas guru martabatkan profesion keguruan

Tugas guru martabatkan profesion keguruan
Oleh KHAIRUNNEEZAM MOHD. NOOR – AKHBAR UTUSAN MALAYSIA


MASIH kental lagi tersemat di dalam kotak pemikiran penulis akan pengalaman menjadi guru sandaran di sebuah sekolah menengah beberapa tahun yang lalu terutamanya ketika menyambut sambutan Hari Guru pada tahun tersebut.

Pada ketika itu, apabila penulis bersama-sama dengan guru-guru lain membacakan ikrar sebagai pendidik dan menyanyikan lagu Guru Malaysia dalam majlis perhimpunan, terdetik di hati penulis bahawa karier perguruan ini mempunyai nilai yang unik dan tersendiri.

Teringat juga kenangan manis apabila air mata ini begitu mudah mengalir apabila ada anak murid miskin yang bersusah payah mencarikan 'hadiah' sebagai ucapan terima kasih sempena sambutan Hari Guru ini.

Hakikatnya, seorang guru tidak memerlukan anak-anak muridnya membalas jasa-jasanya. Cukuplah hanya dengan membuktikan bahawa mereka boleh menjadi insan yang cemerlang dan mampu menyumbangkan sesuatu yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Menjadi guru bukanlah tugas yang mudah, apatah lagi guru merupakan orang yang paling bertanggungjawab selepas ibu bapa dalam memberi didikan, pedoman dan bimbingan terhadap anak-anak bangsa.

Begitu jua dalam usaha membentuk modal insan yang cemerlang, kadangkala nasihat dan pujuk rayu guru tidak memadai untuk mendisiplinkan sesetengah anak murid. Lantaran itu, denda dan hukuman lebih tegas yang difikirkan wajar diaplikasikan semata-mata untuk mendisiplinkan anak-anak murid.

Namun, tidak semua pihak terutamanya ibu bapa dan anak-anak murid itu sendiri yang faham akan niat murni para guru, lantas mengambil pelbagai tindakan yang 'terburu-buru' dengan menghukum dan mengheret guru ke muka pengadilan.
Itu adalah antara cabaran yang perlu ditempuh oleh guru zaman sekarang dan guru perlu terus menguatkan azam, menunjukkan wibawa diri dalam usaha memartabatkan profesion keguruan mereka.

Sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Alimuddin Mohd. Dom terdapat lima fokus yang diharapkan mampu mengekalkan kejayaan dan kegemilangan dalam karier seseorang guru.

Pertamanya, kekuatan intelek memungkinkan seseorang guru terus menjadi 'ensiklopedia bergerak' yang dijadikan sumber rujukan dalam bidang masing-masing. Bukan sahaja anak murid, bahkan masyarakat sekeliling turut mendapat kebaikannya apabila guru yang mantap nilai inteleknya ini berkongsi kepakarannya dengan pihak awam.

Kedua, nilai kepimpinan berwibawa pula perlulah diadun dengan baik berasaskan ajaran agama Islam yang syumul dan apa yang digariskan dalam konteks moral. Seorang guru sememangnya akan menjadi role-model kepada anak-anak muridnya. Jika betul dan sempurna kaedah kepimpinannya, maka betul jualah sifat dan sikap anak-anak murid. Jika salah memimpin, pastilah anak-anak murid yang menerima implikasi negatif dan mewarisi kesilapan gurunya.

Ketiga, kemurnian akhlak seseorang guru itu turut menjadi ikutan dan panduan buat anak-anak murid. Sopan santun, lembut tutur kata, berdisiplin, bermentaliti kelas pertama dan memiliki towering personality ibarat pakaian yang perlu dipakai 24 jam seminggu oleh guru-guru kerana banyak mata yang melihat keperibadian mereka.

Keempat, dalam era modenisasi dan dihambat arus globalisasi ini, sememangnya guru perlu mempunyai kesediaan untuk berubah. Penggunaan teknologi pengajaran terkini di sekolah dan pengenalan dasar dan polisi pendidikan yang baru adalah contoh perubahan yang tidak dapat tidak, perlu dihadapi dan ditangani oleh guru.

Kelima, minat dan cinta terhadap profesion keguruan akan mendorong ke arah kesempurnaan kerjaya seseorang guru. Bapa penulis yang juga seorang guru pernah menyebut "sebenar-benar guru adalah guru yang menanam niat menjadi guru, dan bukan kerja sebagai guru."

Ujarnya lagi, "Menjadi cikgu pula ibarat meletakkan 'roh' guru dalam diri yang berperanan mendidik, membimbing dan meneladani sesiapa sahaja, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja."
Nyatanya, selagi hayat dikandung badan, kita semua pasti tidak dapat melupakan akan budi dan jasa guru-guru kita.
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Isnin, 5 Januari 2009

Allah, Takdir dan Api

Assalamualikum...

akhir kembali juga aku ke upsi dengan tahun dan azam yang baru...cuti bosan..naek sem pon bosan gak...mana ada tempat atau benda yang kita buat tak bosan...

tahun ini, merupakan tahun penuh liku yang aku rasa perlu ditempuh dengan mencabar..entahlah dh bersedia ke belom aku... aku ada terbaca satu artikel yang boleh memberikan manfaat kepada kita semua..insyaAllah..artikel itu berbunyi seperti ini...

ada dua orang sahabat, seorang muslim dan seorang lagi non muslim...non muslim ini pandai juga mengenai ilmu agama islam...dah ada kemusykilan berkaitan dengan islam.. non muslim ini memberikan tiga soalan kepada sahabat yang muslim ini..soalan2 itu adalah...

1. adakah Allah itu wujud?
2. adakah kita perlu percaya akan adanya takdir?
3. jin dan syaitan diperbuat daripada api. adilkah allah mencampakan jin dan syaitan ke dalam api neraka, walhal mereka sememangnya daripada api dan tidak akan menerima kesan daripada itu?

soalan rakanya itu membuatkan lelaki muslim tersenyum..lalu menampar lelaki non muslim tersebut.. lelaki non muslim lalu berkata "kenapa kau menampar aku"... dengan nada yang tenang lelaki muslim itu menjawab "itu adalah jawapan daripada persoalan kau"...lelaki non muslim kebinggungan. dia masih tidak mengerti akan perlakuan sahabatnya yang menamparnya..

kemudian, lelaki muslim itu menerangkan jawapan yang diberikan iaitu menampar..

1. adakah Allah itu wujud?
lelaki muslim : apa yang kau rasa, sebaik sahaja aku menampar kau?
non muslim : sakit
lelaki muslim : adakah kau nampak sakit itu?
non muslim : tidak.. tapi memang sakit..
lelaki muslim : itulah jawapanya..kau tidak nampak tapi kau tahu sakit itu ada.. begitu juga dengan kewujudan Allah..kita tidak nampak dan lihat, tetapi kita tahu Allah itu ada dan wujud..

2. adakah kita perlu percaya akan adanya takdir?
lelaki muslim : adakah kau tahu bahawa aku akan menamparmu hari ini?
non muslim : tidak tahu..kenapa?
lelaki muslim : itulah namanya takdir..kau tidak tahu apa akan berlaku kepada diri kau.. semuanya telah dirancang oleh di Atas..kau perlu percaya takdir kau dan semua yang berlaku ada hikmahnya..seperti kejadian aku menampar kau..


3. jin dan syaitan diperbuat daripada api. adilkah allah mencampakan jin dan syaitan ke dalam api neraka, walhal mereka sememangnya daripada api dan tidak akan menerima kesan daripada itu?
lelaki muslim : apa yang kau rasa ketika aku menamparmu?
non muslim : sakit la...
lelaki muslim : kau tahu tanganmu diperbuat daripada apa?
non muslim : menurut kepercayaan kau, tangan diperbuat daripada tanah..
lelaki muslim : pipi pula..
non muslim : pipi juga diperbuat daripada tanah..
lelaki muslim : jika pipi ditampar oleh tangan, apa yang kau rasakan?
non muslim : sakit
lelaki muslim : itulah analoginya.. Allah itu maha bijaksana dan adil... jika jin dan syaitan diperbuat daripada api, jika di campakan kedalam api neraka.. dia akan merasakan sakitnya... walau mereka daripada unsur kejadian yang sama.

itulah sedikit sebanyak yang aku ingin kongsikan..semoga menjadi maanfaat kepada kita semua..insyaAllah..
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman

Sabtu, 3 Januari 2009

PLKN

Assalamualaikum… lama kan aku menyepikan diri.. aku mls lah nak wat pe2 cuti ni..ditambah pula dengan masalah yang orang atau manusia bikin.. hampeh jew.. walau apa pun hidup kene diteruskan.. aku ibaratkan hidup ni tak sempurna tanpa seseorang..just killing me softly.. I can’t life without u.. I lost my life and everything.. whatever…

Buat pertama kali dalam masa 5 tahun…akhirnya aku berjumpa dengan kawan PLKN aku.. iaitu azlan dan apik… azlan ni digelar oleh jurulatih sebagai sang kuriang…hahahaha..lawak2..banyak cerita masa kat PLKN taw..buat sahabat yang terbaca..sesiapa pelatih PLKN siri 1 tahun 2004..teluk sari penyambung, endau mersing johor…

Buat pertama kali kami berjumpa..masih ingt cerita2 lama..lawak lah…insyaAllah dalam masa terdekat, kami akan adakan reunion tok bdk2 PLKN siri satu telok sari k… tok kumpulan Alfa jew..ahaks terutamanya Alfa dua…

Tok kawan2…bard, botak (akmal), lan (Terengganu), jhon, shah, mamak(idris), khafi, azam, ikram, afik, sang kuriang (azlan), apik, azali, ken, ong, dan lain2… hope dapat jumpa korang ek…friend 4ever.. THANKS NASIONAL SERVIS, THE FIRST SEASON
Read more..!

Indah Islam Kerana Iman


Assalamualaikum

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani
Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Widget edited by Anang

AsRuL @ YaGaMi LaiTo Search

Blog-blog aku :

AsRuL & YaGaMi LaiTo

Indah Islam Kerana Iman

Muzik Itu Duniaku


Blogger Help Templates Widgets SEO Tips
Blogger Help Templates Widgets SEO Tips


Blogger Trick
Blogger Trick


Blog Catalog
Mens Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Doa Penerang Hati Memulakan Bacaan

Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
Clicky Web Analytics Clicky